berita

Kerana Duit, Youtuber Terkenal Dera Kekasih Hamil Secara Live Hingga Maut

December 7th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Kejam dan tidak berperikemanusian! Itu kata-kata yang sesuai menggambarkan tindakan seorang bintang Youtube dari Rusia yang sanggup ‘mendera’ kekasihnya yang sedang hamil secara live di Youtube.

Hanya pakai seluar dalam

Foto: Mirror UK 

Memetik laporan Mirror UK Youtuber yang dikenali sebagai Stas Reeflay, sanggup mendera kekasihnya yang dikenali Valentina ‘Valya’ Grigoryeva. Difahamkan, kelakuan kejam itu dilakukan secara live bagi meraih wang dengan cepat.

Seorang penonton telah menyumbangkan wang sebanyak USD1,000 (kira-kira RM4,072.60) bagi melihat Valva diseksa dengan cara dijemur di luar rumah. Keadaan di luar rumah ketika itu, berada di bawah 0 darjah celcius. Tidak berakhir di situ, mangsa hanya memakai pakaian dalam ketika kejadian. Bayangkan betapa sejuknya ketika itu.

Berikutan terdedah dengan keadaan sejuk yang melampau, Valya disahkan mengalami hipothermia (badan kehilangan haba lebih cepat daripada ia menghasilkan haba) dan akhirnya meninggal dunia di tempat kejadian.

Kunci di balkoni

Foto: Mirror UK

Ketika kejadian, Stas bertindak memaksa dan mengunci mangsa di balkoni luar rumah selama 15 minit. Sebelum insiden tersebut berlaku, mangsa sempat menutup badannya dengan menggunakan jaket, namun tindakannya ketika itu dimarahi oleh Stas. Namun, selepas 15 minit berlalu, Stas dilihat menyeret Valya masuk ke dalam rumah.

Panik dengan apa yang terjadi, Stas cuba berkali-kali memanggil Valya dan tidak berakhir di situ, dia cuba melakukan Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) namun Valya ketika itu, tidak lagi memberikan sebarang respon. Sewaktu kejadian, Stas juga cuba menyelimutkan kekasihnya, namun tindakannya ketika itu sudah terlambat.

Kini, Youtuber tersebut telah ditahan dan akan disiasat oleh pihak berkuasa. Jika sabit kesalahan, dia bakal dikenakan hukuman penjara selama dua tahun.

Youtube ambil tindakan

Gambar sekadar hiasan

Menerusi temu bual yang dibuat oleh Mirror bersama pihak Youtube, pihaknya memaklumkan akan membuang semua video insiden tersebut di platformnya.

Kami terkejut apabila dimaklumkan mengenai insiden tragik ini. Konten sebegini tidak diterima di YouTube. Meskipun penstriman asal tidak dilakukan di Youtube, kami akan terus membuang dan menamatkan mana-mana akaun yang memuat naik kembali video berkenaan ke Youtube.

Sumber: Mirror UK NY Post

SKIP THIS AD ×