berita

Kerana Kemuliaan Uncle Kuan, Episod Pertama Meja Bulat Sepahtu Buat Penonton Sebak

February 2nd, 2017 | by Shafika
Isu & Kontroversi

kuan1

Rancangan ‘Meja Bulat Sepahtu’ merupakan rancangan ‘talk show’ terbaru yang diterajui oleh kumpulan Sepahtu di Astro. Semalam merupakan episod pertama ‘Meja Bulat Sepahtu’ dimana menampilkan Mira Filzah dan Fasha Sandha sebagai tetamu jemputan,

Namun yang menarik perhatian ramai netizen apabila Kuan Chee Heng bersama anak angkatnya menjadi tetamu jemputan Meja Bulat Sepahtu. Siapa yang tengok semalam mesti tahu apa topik yang dibincangkan. Memang sebak..

Terpaksa bergantung sedekah bila ayah tiada

MANJA tidak memileh untuk tidak berayah.

Manja amat di sayangi ayah nya dan setiap hari ayah nya memberi 40 sen untuk Manja berbelanja. Ayah nya bekerja sebagai seorang pemandu teksi. Satu malam, ayah nya gagal pulang ke rumah. Selepas 3 hari mayat nya di jumpai terapung di dalam sebuah lombong yang terbiar di Puchong dan di percayai di bunuh semasa di samun. BERMULA SAAT ITU, hidup keluarga Manja terkapai kapai. Wajah Manja juga mula murung dan kerinduan ayah. Emak beliau terpaksa bergantung kepada sedekah dan kawan kawan untuk kehidupan.

Masa itu sungguh sedih kerana makan pun tak tentu arah. Tetapi kami semua telah masuk campur dan beri kan bantuan mengikut kemampuan masing masing. Di situlah lahir satu relationship yang baik dan kami amat gembira dapat menjinakkan gelombang miskin besar yang melanda keluarga nya. Manja tidak pileh untuk tidak berayah. Satu hari beliau telah nekad dan tanya saya boleh kah beliau memanggil saya ayah.

Manja tidak memilih untuk tidak berayah

kuan

Saya terus hiba dan terus sayu. Dan apabila SEPAHTU bawa masuk Manja, perasaan sedih telah menyelubungi jiwa saya. Apakah masa depan Manja? Beliau hanya 9 tahun. Emak nya sakit. How are we going to lead her to the front? How are we going to ensure she become sucessful and walk tall? Sekarang ia menjadi satu responsibiliti untuk kita semua.

Kamu nampak hanya satu mangsa jenayah dan Manja TIDAK MEMILEH UNTUK TIDAK BERAYAH. Tetapi circumstances of crime buat dia tak ada ayah sehingga dia memileh saya menjadi ayah nya. RAMAI LAGI MANGSA JENAYAH LAIN TIADA BERIBU DAN BERAYAH. Kita sebagai warganegara Malaysia , satu famili besar, kita harus hulurkan bantuan kepada mana mana orang yang perlu bantuan. TANPA KIRA AGAMA, TANPA KIRA KAUM DAN POLITIK.

Video Meja Bulat Sepahtu

https://www.facebook.com/kongsimedia/videos/1310534262359804/

 

Sumber : Kuan Chee Heng

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×