berita

Kerana Muat Naik Foto Cium Anak Perempuan Di Mulut, David Beckham Dikritik Orang Ramai

July 6th, 2017 | by Ash Nordin
Kini Trending

Siapa yang tak kenal dengan David Beckham? Seorang pemain bola sepak paling kacak dan popular di dunia. Walaupun umur dah makin meningkat, tapi gayanya seperti orang muda.. Tak padan dengan umurnya sekarang ni. Selain daripada pemain bola sepak, Beckham juga jadi idola orang ramai disebabkan kasihnya dia terhadap anak-anaknya.

Terbaru, Beckham telah memuat naik foto dia mencium bibir anak perempuannya, Harper. Tapi ada sesetengah pihak yang terganggu dengan tersebut dan mengatakan tindakan Beckham tak patut dibuat dan tunjukkan pada orang ramai. Tambahan lagi bila Beckham ada pengikut yang ramai di sosial media. Apa pendapat anda? Salah ke?

‘Saya seorang bapa yang penyayang..’

Sumber foto: Instagram David Beckham

Menurut temuramah di Facebook Live, Beckham berkata bahawa foto yang dimuat naik bersama Harper tak dapat diterima oleh sesetengah pihak.

Saya dikritik kerana mencium anak perempuan saya (Harper) di mulut beberapa hari lepas. Saya cium semua anak saya di mulut. Tapi mungkin tidak kepada Brooklyn (anak sulung) kerana dia sudah berumur 18 tahun. Kalau saya berbuat demikian, mungkin dia akan rasa janggal.

Tetapi saya seorang bapa yang penyayang. Ia merupakan cara saya dan Victoria (Isteri) dibesarkan dan saya akan lakukan perkara yang sama pada anak-anak saya. Kami ingin menunjukkan betapa sayangnya kami pada mereka, lindungi mereka, ambil berat tentang mereka dan apa sahaja untuk menunjukkan kasih sayang kami terhadap mereka.

Sumber foto: Instagram Victoria Beckham

Pada tahun lepas juga isteri kepada Beckham, Victoria turut dikritik orang ramai kena muat naik foto seperti di atas.

‘Itu perkara biasa ibu bapa dan anak akan lakukan..’

Sumber: BBC

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×