Kerosakan buah pinggang tahap akhir menyebabkan kegagalan menapis darah, membuang sisa toksik, sisa buangan dan air berlebihan daripada badan. Berhadapan dengan penyakit ini bukanlah mudah kerana pesakit memerlukan proses transisi dan rawatan secara terperinci.
Di Facebook, Dr Abdul Rahim Nor kongsi 10 tanda-tanda berlakunya masalah buah pinggang. Jika terdapat tanda-tanda ini segeralah berjumpa doktor ya!
10 tanda masalah buah pinggang
ILMU KEGAGALAN BUAH PINGGANG. Artikel 904. (Part 1)
“Apa tanda-tanda yang uoll ada Kegagalan Buah Pinggang?”
(Sabar-sabar ye, Part 2, 3 & 4 coming up soon!)
A. Doc nak tanya buah pinggang anda OK dan steady tak? Uoll tau buah pinggang anda/doc ada sepasang, sebiji kiri & sebiji kanan di belakang kawasan pinggang anda. Ia menapis darah anda dan membuang toksin dari badan anda melalui kencing anda. Hebat ciptaan Allah ni!
Bila terjadi kegagalan buah pinggang, buah pinggang anda hilang keupayaan untuk menapis bahan buangan/toksin dari darah anda dengan sempurna. Maka anda dapat tanda-tanda ni.
B. Sini doc nak share 10 tanda mungkin anda mempunyai penyakit buah pinggang. Kalau ada, elok pi check dengan famili doktor anda secepat mungkin.
1. Uoll rasa nak buang air kencing lebih kerap tapi air kencing sikit je . Kerap jadi malam, ganggu time tidur anda. Ni kerana penapis buah pinggang anda dah mula rosak menyebabkan peningkatan keinginan untuk membuang air kencing tapi keluar sikit je. Tak larat pi bilik air je.
2. Uoll alami bengkak di keliling mata anda. Kadang-kadang muka anda membelon waktu bangun tidur. Ni kerana tanda awal bahawa penapis buah pinggang uoll telah rosak, yang membolehkan protein sepatutnya disimpan dalam darah anda terbocorkan ke dalam air kencing. Muka membengkak sebab anda kehilangan banyak protein.
3. Cer check buku lali & kaki anda. Bengkak tak? Picit bahagian buku lali/kaki. Ada tenggelam kulit tak? Yang lambat timbul ke asalnya bila lepas picit. Kerana fungsi buah pinggang anda terjejas menyebabkan pengekalan natrium & bocoran protein.
Warna dan keadaan air kencing berubah
4. Bila uoll kencing, warna kencing anda merah macam air serbat kenduri. Tu tanda ada darah dalam air kencing anda. Buah pinggang yang sihat biasanya menyimpan sel-sel darah di dalam tubuh bila menapis sisa dari darah untuk membuat air kencing, tapi bila penapis buah pinggang telah rosak, sel-sel darah ni leh mula “bocor” ke dalam air kencing.
5. Kalau anda kencing, tapi kencing anda banyak berbuih-buih dan keruh, tu tanda protein/albumin dalam darah anda bocor ke dalam air kencing anda.
6. Jika anda punyai kulit kering dan gatal yang tak dapat control. Ini kerana buah pinggang yang sakit tu tak lagi mampu menjaga keseimbangan mineral, air & nutrien yg betul dalam darah anda. Kulit anda akan kering lagi gatal sentiasa….. Garu habis dalam luar… Hihihi
7. Otot uoll kerap kekejangan kerana ketidakseimbangan elektrolisis bila fungsi buah pinggang anda terjejas. Selalunya tahap kalsium & fosforus rendah yang akibatkan kekejangan otot anda… Aduuuh emaaak, sakiiiit!!
Sukar tidur & hilang selera makan
8. Penurunan teruk fungsi buah pinggang anda leh bawa kepada pembentukan toksin & kekotoran dalam darah melambung tinggi. Ni leh menyebabkan uoll rasa letih, lemah & hilang tumpuan atau fokus. Buah pinggang juga bantu buat darah merah. Bila rosak buah pinggang, darah merah anda rendah menyebabkan anda kelemahan dan keletihan jua kerana anaemia.
9. Anda mengalami kesulitan tidur. Bukan kerana Along mencari anda kerana berhutang atau isteri/suami pi kursus tapi kerana bila buah pinggang tak fungsi dengan betul, toksin kekal dalam darah & tak leh buang melalui air kencing anda. Mata beruang panda le anda saban hari.
10. Selera makan anda menurun. Makan apa pun tak enak. Nikmat makan Allah ambil balik. Ni kerana penumpukan toksin terlampau tunggi dalam badan anda disebabkan fungsi buah pinggang yang dah rosak teruk.
C. Jika anda ada penyakit dibawah ni anda berisiko tinggi untuk dapat penyakit buah pinggang :
1. tekanan darah tinggi,
2. kencing manis,
3. riwayat keluarga kegagalan buah pinggang
4.usia lebih tua dari umur 60 tahun,
Elok buat checkup buah pinggang tiap tahun.
“Mencegah lebih baik daripada Merawat”
Ada soalan….. Doc jawap bila doc lapang. Terima kasih.
**Peringatan:
JANGAN PROMOTE PRODUK anda di artikel kesihatan ni. Anda akan di dakwa KKM.
Drp Dr. Abdul Rahim.
Klinik Abdul Rahim
2-D Pangsapuri Garuda
11900 Bayan Lepas.
Penang.
Tel: 04-6444181
Sumber : Doc Abdul Rahim Nor