berita

Kerap Kebas, Kesemutan & Tubuh Badan Rasa Tak Seimbang? Ini Gejala Neuropati Periferal.

June 24th, 2022 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Neuropati Periferal merupakan suatu keadaan atau masalah apabila saraf yang melindungi saraf-saraf tubuh badan telah rosak. Hal ini menyebabkan saraf tidak dapat menjalankan fungsinya sebagai motor utama tubuh untuk menghantar rangsangan kepada otak dan menerimanya dengan tepat.

Hal ini menyebabkan tangan atau kaki mudah kebas, kesemutan, lenguh dan kebanyakan penghidap masalah ini merupakan pesakit kencing manis.

Pesakit kencing manis berisiko menghidap Neuropati Periferal!

Menurut laporan terkini daripada International Diabetes Federation (IDF) 2021, jumlah pesakit kencing manis di Malaysia semakin meningkat daripada 15.2% pada tahun 2011 kepada 20.0% pada 2021 dan ini telah memberi kesan kepada lebih 4.4 juta penduduk di negara kita.(1)

Kalau korang nak tahu, 53.4% pesakit kencing manis merupakan penghidap masalah Neuropati Periferal. Ini bermakna setiap 1 daripada 2 pesakit kencing manis menghidapi masalah Neuropati Periferal. (2)

Lebih membimbangkan trend menunjukkan bahawa warga emas (50-80 tahun) memiliki risiko 4 kali ganda lebih tinggi untuk menghadapi masalah Neuropati Periferal berbanding pesakit muda (40-49 Tahun). (3)

Neuropathy Awareness Week sebar kesedaran tentang Neuropati Periferal.

Sehubungan dengan itu, pihak P&G telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan Neuropathy Awareness Week. Program ini dianjurkan bertujuan untuk memberikan kesedaran mengenai masalah Neuropati Periferal.

“Kami sentiasa komited terhadap usaha meningkatkan kesedaran mengenai masalah Neuropati Periferal. Neuropathy Awareness Week merupakan platform utama untuk semua pihak berkumpul dan membincangkan keadaan supaya masyarakatdapat dibekalkan dengan maklumat bermaklumat dan mengambil langkah berjaga-jaga. Kami juga turut komited untuk mendidik masyarakat mengenai kesan Neuropati Periferal terhadap. Kami menggalakkan semua orang menyarungkan reben ungu bersama kami untuk bersama-sama menjayakan minggu kesedaran Neuropati demi tahap kesihatan yang lebih baik secara kolektifnya pada masa akan datang.” Ulas, Aalok Agrawal, Naib Presiden Kanan, P&G Health – Asia Pasifik, India, Timur Tengah dan Afrika.

Kalau korang nak tahu, kempen Feel Life Challenge dianjurkan sempena Neuropathy Awareness Week. Ada banyak aktiviti menarik diadakan termasuklah perkongsian ilmiah bersama pakar, free nerve health screening dan ‘Feel Life Challenge’.

Uji kemampuan saraf korang dengan Sertai Feel Life Challenge!

Pada Julai nanti pastikan korang sertai Feel Life Challenge. Objektif utama cabaran ini diwujudkan adalah untuk membantu korang mengenali dan mengesan simtom-simtom awal masalah Neuropati Periferal seperti kebas. Hal ini bagi mengalakkan pemeriksaan awal dilakukan agar masalah ini data dirawat dengan kadar segera.

Cabaran ini bukan dibuat saja-saja, sebaliknya matlamat utama cabaran ini adalah untuk mendedahkan bagaimana gejala Neuropati Periferal boleh memberikan kesan kepada kualiti hidup seseorang dan menggalakkan mereka yang memiliki gejala Neuropati Periferal mendapatkan rawatan tepat pada masanya.

Selain itu, korang juga boleh lakukan pemeriksaan sendiri dirumah dengan melakukan ujian awal di SINI

Rujukan:

1. International Diabetes Atlas 2021, 10th edition

2. Malik. RA, et al. J Diabetes Investig 2020 Sep; 11(5): 1097 – 1103

3. Head KA, et al. Alternative Medicine, Review, 2006 Vol 11 (4)

 

SKIP THIS AD ×