berita

Kerap Maki, Lemparkan Kata-Kata Kesat Kepada Pengunjung, Lima Burung Kakak Tua Kena ‘Penjara’

September 30th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Walaupun kedengaran tak logik, namun siapa sangka lima burung kakak tua di Taman Hidupan Liar Lincolnshire, Friskney suka mencarut sehingga terpaksa diasingkan dari taman tersebut. Bukan sahaja mencarut sesama mereka, malah haiwan tersebut juga mencarut kepada pengunjung yang lalu di kawasan itu.

Burung kuat mencarut

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Steve Nichols, burung kakak tua baka Afrika itu diterima pihaknya pada 15 Ogos lalu dan dikuarantinkan. Tambahnya lagi, dalam tempoh pengasingan, burung itu menggunakan masa terluang untuk ‘mengajar’ sesama mereka bahasa kesat.

Tingkah laku burung ini membuatkan kakitangan taman tidak keruan dan tindakan segera perlu diambil apabila burung kakaktua itu mula menghamburkan kata-kata kurang sopan kepada pengunjung kami.

Mereka semakin galak mencarut sekiranya pengunjung tertawa dengan tingkah laku biadab itu. Ia umpama kita melihat sekumpulan ahli ‘kelab lelaki tua’ berkumpul.

Terpaksa diasingkan

Sebelum ini, burung itu pernah dipamerkan kepada pengunjung selama 20 minit dan ia menghamburkan kata-kata kesat kepada pengunjung disitu membuatkan taman itu menjadi bualan hangat netizen. Malah rata-ratanya tidak sabar berkunjung disitu untuk melihat burung kakak tua yang pandai mencarut itu.

Burung kakaktua Afrika sangat mahir meniru suara daripada bunyi yang didengari dan dilontarkan semula. Mengikut perancangan, burung kakaktua itu akan diletakkan dalam sangkar yang terpisah untuk mengelakkan ia saling mencarut, dan berperangai lebih baik.

Walau bagaimanapun, burung-burung tersebut terpaksa diasingkan agar tidak memberi kesan buruk kepada kanak-kanak yang berkunjung ke taman itu.

Walaupun kami rasa perbuatan itu menggembirakan pengunjung, pada masa sama kami bimbang kesan buruknya kepada pengunjung dalam kalangan kanak-kanak.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×