Di Edinburgh, Scotland, seorang wanita tidak dapat menanggung sedih apabila anak lelakinya disahkan menghidap penyakit Cyclical Vomiting Syndrome (CVS).
Tak boleh bercakap
Menurut Julie, anaknya Josh Wright akan muntah setiap lima minit. Oleh sebab itu, badan anaknya sentiasa berada dalam keadaan yang sangat lemah. Berikutan daripada itu juga, anaknya kerap dimasukkan ke hospital kerana sering muntah darah dan tidak boleh bercakap kerana pengumpulan air liur.
Tambah Julie, doktor gagal mengesan punca sindrom itu, sekaligus menyebabkan dirinya berasa bimbang tentang masa depan anaknya. Sebagai ibu, Julie berharap Josh akan kembali sihat suatu hari nanti.
Ia adalah keadaan yang jarang berlaku. Jadi sangat sukar untuk mendapatkan diagnosis. Kami diberitahu tiada penawar setakat ini. Pelbagai jenis ubat kami telah cuba dan semuanya tidak berkesan. Sampai dia bertanya kepada saya bila semua ini akan berakhir. Saya sedih bila dia tanya soalan macam tu.
Jelas Julie lagi, mereka berdua terpaksa berkomunikasi menggunakan telefon. Ini kerana, Josh sangat susah untuk bercakap secara normal.
Dia mempunyai air liur yang berlebihan dan tidak boleh bercakap sehingga dua hari. Sampai tahap dia akan muntah darah. Semasa dia tidak boleh bercakap, kami akan guna nota dalam aplikasi telefon bimbit.
Sumber: Edinburgh News