berita

Kerap Mimpi Bayi Berbulu Hitam Sedang Menyusu, Gadis Kongsi Kisah ‘Hamil’ Anak Makhluk Halus

April 26th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Walaupun orang kata mimpi ini hanyalah mainan tidur dan tidak boleh diambil serius, siapa sangka mimpi yang kerap dialami seorang gadis ini merupakan petanda dirinya ‘diganggu’. Dalam satu pendedahan gadis yang dikenali sebagai Tqa, dia sering kali mengalami mimpi-mimpi aneh yang rupa-rupanya membawa petanda dirinya didampingi benda halus.

Sudah berkahwin dengan makhluk halus

Foto: Tiktok @tqaaa_____

Menurut perkongsian seorang pengguna di laman Tiktok dengan nama pengguna @tqaaa_____, dia sering mengalami mimpi menyusukan bayi kecil yang berbulu hitam, selain berdepan gangguan kitaran haid dengan senggugut yang teruk. Selain itu, perutnya juga kerap terasa bergerak-gerak dan akhirnya keraguan terjawab setelah dia dibawa berubat cara kampung.

Tqa terkejut selepas pengamal perubatan Islam yang ditemuinya memaklumkan bahawa dia sedang mengandung bayi kepada makhluk halus yang sudah lama mendampinginya. Menurutnya, makhlus tersebut telah mendampinginya sejak di bangku sekolah menengah.

Sebelum tu setahun yang lalu kitaran haid saya asyik tak teratur. Selalu mimpi lelaki tapi muka dia tak jelas. Selalu mimpi bayi tapi berbulu hitam sedang menyusu.

Ada pakcik yang pandai di kampung tentang rawatan islam. Saya minta tolong dari jauh tapi dia suruh datang juga.

Seteleh meluangkan masa 3 jam berubat, makhluk ghaib tersebut berjaya dibuang dari dalam badannya meskipun pada awalnya ‘benda’ tersebut degil. Justeru, Tqa turut memberi peringatan kepada wanita agar sentiasa membaca doa sebelum tidur untuk mengelakkan gangguan sebegitu.

Menjengah ke ruangan ruangan komen, ramai netizen akui berasa seram sejuk membaca perkongsian tersebut, malah ada juga yang berkongsikan pengalaman yang lebih kurang sama.

Video

@tqaaa_____

THE TEA ?? sorry guys lambat up story busy sikit ?

? suara asli – ??? – ???

@tqaaa_____

ternyata sudah bersaudara mara di badan ku ?

? original sound – Semi?Truck

Sumber: Tiktok @tqaaa_____

SKIP THIS AD ×