berita

‘Kerat Jari Sampai Berdarah & Jatuh Ke Gambar’ – Terkena Sihir Pemisah, Wanita Dedah 5 Tahun Benci Suami

June 22nd, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Memang tak dapat dinafikan, walaupun kita sekarang hidup dalam zaman moden yang dilengkapi dengan teknologi canggih tetapi masih ada juga segelintir individu mengamalkan ilmu sihir semata-mata untuk kepuasan diri sendiri.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Angkara Paras Rupa, Kawan Hantar Sihir, Wanita Derita Perut Busung Sampai Terasa Nak ‘Pecah’!

Itu lah yang dilalui seorang wanita ini apabila dia mendakwa menjadi mangsa sihir selama 5 tahun sejak di awal perkahwinan lagi.

Mula benci suami

Puan Syira Jamal berkongsi pengalaman hitam yang dilaluinya itu menerusi beberapa video yang dimuat naik di akaun TikTok. Menurut ibu kepada dua anak ini, dia sudah menderita dengan ‘penyakit’ ini selepas dia dan suaminya mendirikan rumah tangga. Jelasnya lagi, sebelum ini, hubungan mereka berdua berada dalam keadaan baik-baik sahaja tetapi selepas berkahwin keadaan kesihatannya semakin terjejas. Malah, dia juga mula membenci suaminya sendiri. Wanita ini mengakui ketika itu, dia langsung tidak tahu bahawa dirinya sudah terkena sihir.

Tika saya benci dia, dia sabar dan senyum. Saya pun hairan kenapa saya benci suami sendiri. Sebab tak tahu itu sihir. bertahun-tahun juga dia sabar. Setiap hari keadaan semakin teruk.

Berikutan daripada keadaan kesihatannya yang semakin teruk, wanita ini membuat keputusan untuk berjumpa dengan doktor. Tetapi sayangnya, penyakitnya itu masih tidak sembuh. Tidak tahan menanggung derita, dia kemudian nekad menjalani rawatan tradisional untuk mengetahui punca sebenar penyakitnya dan sejak daripada itu, barulah dia tahu dirinya terkena sihir pemisah.

Malam selepas saya dirawat semasa tidur, saya dicekik dan mimpi bayi hanyut disungai. Dan bayi itu pecah meletop. Selepas itu, saya masih rasa ada lagi benda tu. Sebab masih ada gangguan-gangguan dan masih teringat dekat orang lain. Ustaz kata cara saya disihir menggunakan gambar. Orang tu bawa gambar saya jumpa bomoh dan kerat jarinya sehingga keluar darah jatuh ke gambar saya. Dan benda ni dia ulang 4 kali.

Tambahnya lagi, selepas keadaan kesihatannya semakin sembuh, dia membuat keputusan untuk memakai purdah. Perkara ini secara tidak langsung untuk melindungi gambarnya daripada digunakan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

‘Betullah sihir itu wujud’

@syira.jamalBetullah Sihir itu Wujud..? ##mystory ##fypppppppppppppp ##fyp? ##tiktokmalaysia? original sound – Pijah Mohamad – MMC MASAKMASAKCEKYANA

@syira.jamalReply to @anemasruby Betul ? Saya hampir gila kena ni. Syukur skrg dah beransur sembuh. ##mystory ##sihirpemisah ##fyp? ##fypppppppppppppp? original sound – Naemkawa?

@syira.jamalReply to @rohayah_02 Cek awal supaya tdk teruk mcm kak. Bertahun tahun tahan? ##tandatandasihir ##fyp? ##fypppppppppppppp? original sound – putriariani

Sumber: Syira Jamal

SKIP THIS AD ×