berita

[VIDEO] Rumah Berbau Busuk Walaupun Dah Dibersihkan, Bungkusan Misteri Bawah Sofa Rungkai…

February 25th, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Iri hati dan berdendam antara sebab seseorang itu sanggup melakukan sihir ke atas individu lain. Malah, ada juga yang sanggup melakukan sihir sehingga mangsa menderita dan meninggal dunia.

Di TikTok seorang lelaki kongsi pengalaman aneh terjumpa ‘benda’ misteri yang berupa satu bungkusan di dalam plastik hitam yang berbau busuk.

Bau busuk satu rumah

Menurut lelaki ini, dia tidak rasa sedap hati kerana terbau benda busuk di dalam rumahnya walaupun rumahnya dibersihkan setiap hari. Dia mengambil keputusan membakar cili kering dan kulit bawang mengikut petua orang lama-lama jika ingin mengesan sesuatu misteri.

Balik kerja 12 malam, tiba-tiba rasa aneh tak sedap hati. Kucing pun macam mengaum marahkan sesuautu. Aku pun bersihkan rumah guna ayat ruqyah. Aku pun bakar cili kering dan kulit bawang bagi berasap satu rumah. Tiba-tiba tercium satu bungkusan yang sangat-sangat busuk.

Kemudian ketika membersihkan rumah dia terjumpa satu bungkusan di bawah sofa padahal setiap hati dia membersihkan rumah.

Bakar cili kering dan kulit bawang

@jkingmerahsemoga Allah lindungi keluarga kecilku.. ada untung nya bila kita ambik tahu tentang ##ilmu & ##amalan orang² ##tua terdahulu…?? original sound – randy_puanggaffar

Di ruangan komen, masing-masing ada kongsi pengalaman yang sama seperti lelaki ini dimana mereka juga pernah terjumpa bungkusan busuk begini. Rata-rata percaya ini merupakan perbuatan sihir yang sengaja dituju untuk ‘tuan rumah’ berkenaan.

Pernah terjadi juga macam saya. Siap panggil ustaz sebab tak berani. Rupa-rupanya dalam bungkusan tersebut ada pasir kubur. Ustaz cakap memang orang sengaja ‘hantar’, alhamdulillah dengan izin Allah keluarga kami dilindungi.

Tak kurang juga yang mendoakan keluarga lelaki ini serta menasihati agar tidak balas perbuatan sihir tersebut. Sentiasa amalkan surah-surah serta sentiasa membuka surah Ruqyah di dalam rumah agar terhindar dari sihir ini.

Sumber : TikTok

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×