
Pelawak Shuib menjelaskan bahawa kereta miliknya jenis Toyota CH-R bukanlah hilang kerana dicuri namun hanya ditunda pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akibat kesalahan parkir.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shuib Puji Mamat Miliki Keperibadian Mulia – ‘Hormat Orang, Rendah Diri’
Artikel Berkaitan: ‘Ibu, Anak You Dah 4 Tahun’ – Shuib Kenang Detik Cemas Kelahiran, Titip Doa Buat Ayash Affan
‘Misplaced sahaja’

Ketika ditemui OhBulan!, Shuib atau nama lengkapnya Shahmira Muhamad memaklumkan dia juga tidak mahu memanjangkan isu tersebut.
Kereta itu sebenarnya hanya salah letak sahaja. Saya tak mahu panjangkan cerita.
Hanya ‘misplace’ sahaja dan sekarang sudah dijumpai. Di seksyen berapa saya tak ingat, tapi ini memang salah parkir sahaja.
Kereta okey dan sudah dapat. Mamat yang beritahu saya kereta itu ada di MBSA.
Shuib berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis sidang media program ‘Talk To My Manager’ yang diadakan di Royale Chulan, Kuala Lumpur pada Rabu.
Dalam masa yang sama, bekas peserta Raja Lawak musim ketiga ini kagum dengan keprihatinan masyarakat yang tidak putus-putus memaklumkan mengenai kehilangan keretanya.
Ya memang ramai nak tolong carikan dan rakyat Malaysia memang prihatin.
Untuk yang kecam dan beri pelbagai andaian itu macam mana lagi, hadap sahaja. Saya okey sahaja.
Itu bukan kereta kesayangan, itu kereta untuk hantar anak ke sekolah.
Terdahulu, Shuib memaklumkan bahawa keretanya hilang di sebuah kawasan parkir selepas selesai berurusan di Mahkamah Shah Alam pada Isnin.






![[VIDEO] ‘Tak Perlu Terlalu Lama’ – Jaja Ishak Nasihat Noorkhiriah Jangan Larut Dengan Kekecewaan](https://asset.ohbulan.com/2026/08/jaja-ishak-noorkhiriah.jpg)

