berita

‘Kereta Dijumpai Tapi Mangsa Tiada..’ – Dibawa Arus Deras, Suami Selamatkan Isteri Terkunci Dalam Kereta

January 4th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Seorang lelaki yang dikenali dengan nama Md Rajihan Junaidi dipercayai hanyut bersama kenderaannya selepas menyelamatkan isterinya dalam kejadian banjir yang berlaku di Batu Pahat-Mersing semalam.

Selamatkan isteri hamil

Berdasarkan laporan yang dipetik daripada Utusan Malaysia, sehingga kini misi mencari dan menyelamat masih dijalankan. Sebelum kejadian berlaku, mangsa dipercayai telah bertindak meredah air sebelum kereta jenis Proton Waja yang dinaiki mereka dibawa arus banjir.

Mangsa kemudian telah memecahkan cermin kereta untuk mengeluarkan isterinya, Khairunnisa Ibrahim yang terkunci di dalam kenderaan berkenaan. Difahamkan, Khairunnisa sedang sarat hamil enam bulan. Isteri mangsa akhirnya berjaya diselamatkan oleh orang awam sementara mangsa telah hanyut dibawa arus deras.

Kereta sahaja ditemui

Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang, Akob Sedek, kereta mangsa telah ditemukan kira-kira 100 meter dari lokasi mangsa dihanyutkan.

Pasukan bomba menggunakan peralatan khas iaitu ‘gripping iron’ besi bermagnet untuk mengesan lokasi kereta mangsa. Kereta dapat dijumpai namun mangsa tiada di dalam kenderaan.

Sehingga kini, mangsa masih belum ditemukan. Walaupun begitu, misi mencari dan menyelamat masih diteruskan.

Sumber: Utusan Malaysia, Kosmo

SKIP THIS AD ×