berita

Kereta Kehabisan Minyak, Wanita Dirogol 2 Lelaki Di Hadapan Anak

September 13th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Seorang wanita di Pakistan, berhadapan detik cemas apabila dirogol secara bergilir-gilir oleh dua lelaki yang tidak dikenalinya. Ketika kejadian, kereta wanita tersebut berhenti di sebuah lebuh raya akibat kehabisan minyak.

Kejadian tersebut turut disaksikan oleh kedua-dua anaknya yang turut berada di tempat kejadian.

Bukan sahaja dirogol, malah dirompak

Gambar sekadar hiasan

Ketika kejadian, mangsa bersama 2 anaknya dalam berjalanan dari Lahore menuju ke Gujranwala, namun kereta yang dipandunya kehabisan minyak dan terpaksa berhenti di lebuh raya sebelum mendapatkan bantuan.

Namun, sebelum bantuan tiba, datang 2 lelaki yang tidak dikenali yang bertindak memecahkan tingkap kereta wanita tersebut. Wanita tersebut diheret bersama kedua-dua anaknya ke tanah lapang sebelum bertindak merogol wanita itu.

Mangsa juga mengalami kerugian apabila wang tunai, barangan kemas dan kad bank juga turut dilarikan perogol itu. Wanita itu juga sempat meminta bantuan ahli keluarganya dan menghantar lokasi terkininya supaya senang untuk dijejaki.

Kejadian seumpama ini memberi pengajaran kepada kita semua untuk lebih berwaspada dan merancang setiap perjalanan.

Sumber: Timesnownews

SKIP THIS AD ×