Empat sekeluarga nyaris menemui ajal dalam satu kejadian di Jalan Muar-Parit Sulong, apabila kenderaan yang dinaiki terbabas akibat merempuh seekor babi hutan, semalam (Isnin).
Artikel Berkaitan: Langgar Kenderaan PLUS Ronda Di Lorong Kecemasan, Warga Emas Ditemui Maut
Artikel Berkaitan: Gadis Maut Kereta Dipandu Bertembung Lori Hino 5 Tan
Langgar babi hutan
Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Zuraimi Harun memaklumkan pihaknya mendapat panggilan kecemasan sekitar jam 1.40 tengah hari yang kemudiannya pasukan keluaran operasi (PKO) bergegas ke lokasi.
Setibanya di tempat kejadian didapati kereta jenis Proton Iswara yang dipandu mangsa, Mohd Halid Shahid, 59, terbabas ke bahu jalan selepas terlanggar seekor babi hutan yang cuba melintas.
Dalam pada itu, Zuraimi menjelaskan pemandu mengalami cedera parah manakala tiga lagi ahli keluarganya hanya mengalami cedera ringan.
Mangsa mengalami patah di bahagian tulang peha, manakala tiga lagi individu di dalam kereta tersebut iaitu Norlinda Tukiman, 38, Nurisma Aliah Mohd Halid, 13, dan Muhammad Aiman Haziq Mohd Halid, 9, cedera ringan.
Difahamkan, operasi berkenaan membabitkan 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar. Malah, turut dibantu satu jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu jentera Emergency Medical Rescue Services (EMRS), dua unit Rapid Intervantion Motocycle (RIM) serta satu jentera Water Tanker.
Sumber: Sinar Harian