Seorang lelaki warga emas meninggal dunia selepas terbabit dalam satu kemalangan melibatkan empat buah kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan arah Utara kira-kira jam 5 petang, semalam (Isnin).
Artikel Berkaitan: Digilis Lori Pasir, Penunggang Motosikal OKU Maut Di Tempat Kejadian
Artikel Berkaitan: Gadis Maut Kereta Dipandu Bertembung Lori Hino 5 Tan
PLUS Ronda di lorong kecemasan
Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, dalam kejadian di Kilometer (KM) 358.7 itu, sebuah pacuan empat roda Toyota Hilux milik PLUS Ronda berhenti di lorong kecemasan bagi memberikan bantuan kepada sebuah kenderaan yang mengalami masalah tayar pancit.
Tiba-tiba sebuah kenderaan jenis Mazda CX-5 telah melanggar belakang Toyota Hilux tersebut sebelum terbabas ke kanan jalan, dan kemudiannya dilanggar pula oleh kereta Kia Optima.
Dilaporkan, mangsa yang maut adalah Liew Kim Fah, 70, pemandu kenderaan jenis Mazda CX-5 manakala isterinya, Oo Yop Chu @ Ho Yeh Choo, 59, pula mengalami cedera parah.
Akibat pelanggaran itu, pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) Mazda CX-5, seorang lelaki berumur 70 tahun telah meninggal dunia di tempat kejadian.
Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tapah untuk bedah siasat manakala isterinya, 59 tahun menerima rawatan di Hospital Slim River, akibat kecederaan di kepala.
Dalam pada itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Slim River memaklumkan pihaknya dikejarkan ke lokasi kejadian bagi mengeluarkan mayat mangsa serta isterinya yang tersepit di tempat duduk penumpang. Operasi tamat sekitar jam 6 petang.
Sumber: Bernama