berita

‘Kereta Tak Bergerak Pun, Bodoh’ – Dikecam Tak Letak Anak Dalam Carseat, Diana Danielle Naik Angin

December 28th, 2017 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Jika korang mengikuti perkembangan artis kegemaran di laman sosial, korang boleh lihat ramai yang mengambil peluang menghabiskan cuti hujung tahun ini bersama keluarga masing-masing. Ada yang bercuti ke luar negara dan ada juga di dalam negara sahaja. Bagi pasangan serasi Diana Danielle dan Farid Kamil, mereka sekeluarga nampaknya seronok bermandi manda di sebuah sungai di Perak.

Di instagram, gambar comel keluarga kecil Diana Danille dan Farid Kamil ini telah mendapat respon negatif daripada netizen. Eh bergambar dalam kereta pun salah ke?

Seronoknya mandi manda!

 

Lepas habis mandi sungai dgn cinonets & big baby FK. Seronok the kids experience air sungai sejuk beku #PerakKampungku

Gambar yang dimuatnaik Diana Danielle ini mendapat respon negatif daripada beberapa orang individu apabila mereka mendakwa Diana seolah-olah mengabaikan aspek keselamatan anak dengan tidak meletakkan mereka di dalam carseat. Mungkin kerana perkataan yang tidak sesuai digunakan, Diana telah membalas komen negatif tersebut sehingga mencetuskan perbalahan.

We were not even moving you moron – Diana

‘Still dont have a carseat in your car, bitch’

Di komen lain, ramai yang menasihati Diana supaya mengabaikan komen negatif dan ‘block’ sahaja orang yang seperti itu. Yelah siapa yang tak sakit hati jika secara tiba-tiba buat tuduhan melulu, siap mendoakan keburukan lagi kan? Kami yakin sebagai ibubapa Diana tahu apa yang terbaik untuk anak.

sumber : Diana Danielle

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×