berita

Kereta Terbabas Jatuh Gaung, Suami Isteri Nyaris Maut

October 25th, 2022 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Sepasang suami isteri nyaris maut selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas lalu terjunam ke dalam gaung sedalam 20 meter di Batu 7, Jalan Tapah – Cameron Highlands semalam.

Artikel Berkaitan: Dek Kerana Elak Ular, Wanita Sarat Hamil Maut Kemalangan, Bayi Berjaya Diselamatkan

Artikel Berkaitan: Dakwa Nampak Kelibat Sebelum Kereta Terbabas, Polis Sahkan Jumpa Mayat Reput Di Kawasan Kemalangan

Hilang kawalan

Kejadian yang hampir meragut nyawa itu dipercayai berlaku akibat kenderaan terbabit hilang kawalan dan terbabas sendiri masuk ke dalam gaung.

Menurut Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail, kejadian sekitar jam 7.55 malam itu membabitkan kereta jenis Proton Saga yang dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands menuju ke Shah Alam.

Tambah beliau lagi, kedua-dua mangsa yang terlibat berusia 23 dan 22 tahun berjaya diselamatkan oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tapah. Walau bagaimanapun, penumpang wanita tersebut mengalami cedera ringan apabila terseliuh di tangan kanan manakala pemandunya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Akibat kemalangan itu, wanita yang duduk di bahagian penumpang hadapan terseliuh tangan kanan manakala suaminya tidak cedera. Kemalangan berlaku di laluan selekoh dan basah. Kenderaan terlibat mengalami kerosakan di pelbagai bahagian.

Difahamkan kedua-duanya dibawa ke Hospital Tapah untuk menerima rawatan.

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×