berita

Dakwa Nampak ‘Kelibat’ Sebelum Kereta Terbabas, Polis Sahkan Jumpa Mayat Reput Di Kawasan Kemalangan

October 13th, 2022 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Pihak polis menemui mayat reput dipercayai mangsa bunuh di kawasan semak berhampiran lokasi kemalangan kereta terbabas di persimpangan lampu isyarat Jalan Besar Tambun, Ipoh, semalam.

Artikel Berkaitan: Lelaki Mati Ditembak 8 Kali Di Kepala Oleh Ah Long Sebab Tak Bayar Hutang

Artikel Berkaitan: Bayi 3 Bulan Maut Di Tangan Bapa Panas Baran

Mayat perempuan dah reput

Difahamkan, mayat tersebut ditemui pihak berkuasa ketika menjalankan siasatan terhadap kemalangan sebuah kereta Proton Iswara Aeroback dipandu oleh seorang anggota tentera ketika cuba mengelak satu kelibat yang melintas di hadapan keretanya sebelum terbabas ke dalam longkang di sebelah kiri jalan.

Berdasarkan hasil bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada jam 7 malam tadi, punca kematian adalah akibat dicekik.

Sehubungan itu, Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri, berkata kes diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh dan akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pihak polis sedang menyiasat kes ini daripada pelbagai sudut yang mana identiti mangsa dipercayai seorang perempuan berusia 23 tahun berdasarkan lambang tatu di lengan dan jari tangan, manakala telefon bimbit yang dijumpai di tempat kejadian juga disahkan milik mangsa.

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×