Pelakon dan pempengaruh Ezlisa Loy berkongsi momen apabila kereta milik kakaknya, Elfira Loy terhenti di tepi jalan dek kehabisan minyak.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Elfira Loy Pilih Jaga Sendiri Kedua Anak, Takut Baca Kes Dera Kanak-Kanak – ‘Saya Suka Menjadi Seorang Ibu’
Artikel Berkaitan: Elfira Loy Kongsi Langkah Pertama Sebelum Berhijrah, Pakai Tudung Sebab Takut Lalai – ‘Peringatan Buat Saya’
Elfira tak tahu isi minyak kereta?
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story, memaparkan Elfira Loy sedang duduk di bahagian tempat duduk pemandu kereta jenis Mercedes A200 yang berwarna merah sementara menanti bantuan daripada suami, Faris Khairul Anuar dan adiknya, Ezlisa Loy.
Difahamkan, kereta yang dipandu Elfira tersadai di tepi jalan akibat kehabisan minyak. Menerusi hantaran tersebut, Ezlisa yang turut berada di lokasi kejadian seakan memerli kakaknya itu yang tidak tahu cara mengisi minyak.
Tak reti isi minyak rupanya Elfira Loy..Elfira Loy.
Susulan daripada itu, Ezlisa dan Faris telah mengguntingkan satu botol mineral untuk dijadikan seperti corong bagi memudahkan proses menuang minyak ke tangki minyak kereta.
Nasib lah kereta ni ada gunting, botol. Diy untuk isi minyak.
DIY isi minyak
Sumber: Instagram Ezlisa Loy