berita

Kes Aniaya Bella, Siti Bainun Diarah Bela Diri Oleh Mahkamah

November 24th, 2022 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali diarahkan membela diri atas pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan Sindrom Down yang dikenali sebagai Bella.

Artikel Berkaitan: Siti Bainun Menangis Nampak Bella, Mohon Nak Tengok Wajah Kanak-Kanak Jagaannya

Artikel Berkaitan: Pegawai JKM Sahkan Bella Ketakutan & Kurus Ketika Dirawat Di Hospital, Siti Bainun Cakap Kena Air Panas

Berjaya buktikan kes prima facie

Keputusan itu diputuskan oleh hakim Izralizam Sanusi di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi tadi (Khamis). Menurut hakim, keputusan itu dibuat selepas mendengar pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan tersebut.

Siti Bainun, 30, didakwa berhubung tindakan mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun sehingga mengakibatkan kecederaan fizikal serta emosi. Kesalahan terbabit dilakukan di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.

Difahamkan, turut hadir ke sidang itu, Datuk Khairul Anwar Rahmat, Datuk Ikbal Salam dan Mohd Radzi Yatiman yang dilantik oleh Pemangku Raja Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang berperanan sebagai peguam pemerhati.

Dalam pada itu, mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan untuk pengasas rumah kebajikan berkenaan membela diri pada 5,6,7,8 dan 9 Disember depan. Jika sabit kesalahan, Siti Bainun berdepan hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×