berita

Siti Bainun Dipenjara 12 Tahun, Che’ Puan Khaleeda Rakam Ucapan Penghargaan Pada Pihak Terlibat

May 3rd, 2023 | by Shahrin
Isu & Kontroversi

Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali dijatuhi hukuman 12 tahun penjara oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini, selepas didapati bersalah mengabai dan menganiaya remaja Sindrom Down dikenali sebagai Bella.

Artikel Berkaitan: Abai & Aniaya Bella, Siti Bainun Dihukum Penjara 12 Tahun

Artikel Berkaitan:  Peguam Rayu Hukuman Ringan Dikenakan – ‘Siti Bainun Sudah Insaf’

Artikel Berkaitan: Siti Bainun Didapati Bersalah Dera Bella

Rakam penghargaan

Susulan itu, isteri Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim iaitu Che’ Puan Khaleeda Bustamam merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat membantu menyelesaikan kes tersebut.

Saya dimaklumkan bahawa mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada hari ini, 3 Mei 2023 telah mendapati bahawa tertuduh Siti Bainun Binti Ahd Razali bersalah atas tuduhan mengabaikan dan mendera Bella yang berusia 13 tahun sehingga menyebabkan remaja berkenaan mengalami kecederaan fizikal dan emosi yang serius.

Saya ingin merakamkan penghargaan kepada aktivis-aktivis #JusticeForBella, peguam lantikan DYAM Tunku Mahkota Johor, Pasukan Pendakwaan dan individu lain yang begitu prihatin akan tragedi yang berlaku terhadap Bella.

Che’ Puan Khaleeda berkongsi mengenai perkara itu menerusi satu hantaran di Instagram miliknya pada Rabu.

Sementara itu, Che’ Puan Khaleeda turut menyuarakan keprihatinanya terhadap isu penderaan kanak-kanak selain berharap kes sedemikan tidak akan berulang lagi.

Saya dan DYAM Tunku Mahkota Johor amat prihatin terhadap isu penderaan kanak-kanak dan berpandangan kes ini perlu diambil sebagai pengajaran oleh semua pihak serta berharap kes seumpana ini tidak berulang atau berlaku lagi.

Terdahulu, pada November 2022, DYAM Tunku Mahkota Johor telah mengambil inisiatif segera dengan menitahkan empat orang peguam untuk turut sama menyertai perbicaraan terhadap kes Bella serta memberikan segala bantuan yang sewajarnya bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×