berita

Kes Buli: Wardina Safiyyah Salahkan Pengarah Filem Gangster

November 6th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

wardina

Sebenarnya, kami pun agak pelik dengan sikap budak sekolah zaman sekarang. Secara rasionalnya, pergi sekolah untuk belajar tapi perkara sebaliknya pula yang berlaku apabila mereka menjadikan rakan sebaya sebagai mangsa buli.

Buktinya, ada sahaja video adegan membuli tersebar di laman sosial. Setakat buli sikit-sikit boleh dimaafkan, tetapi sampai mendatangkan kecederaan teruk kepada si mangsa. Melampau!

Prihatin dengan masalah itu, Wardina Safiyyah telah memuat naik status yang mendakwa bahawa kes buli adalah berpunca daripada filem-filem gangster yang dikeluarkan oleh pengarah tempatan.

kl gnagster3

(sekadar gambar hiasan)

Berikut adalah antara intipati status Facebooknya:

“Kepada pembuat filem gangster ambil lah sedikit tanggungjawab kerana memberi “inspirasi” anak-anak MELAYU untuk membuli dan bertindak ala gangster.. Cubalah letak tepi sikit kerakusan mahukan keuntungan semata. Kita semua tahu anda mahukan untung dan anda untung kerana ramai yang mahu menonton filem gangster anda. Demand and supply bukan?

Jangan salahkan anda tapi salahkan penonton yang mahukannya? Tapi fikir lah sikit kesan pada MINDA nak bangsa kalau ada secuit pun rasa tanggungjawab dalam diri. Atau anda tak peduli kesannya. Mengotori minda anak muda kita tak apa? Kononnya ada “pengajaran” di hujung cerita?

Realitinya tidak ada yang belajar dari penghujung cerita anda…yang kadang kala saya rasakan cuma diletakkan supaya tidaklah rasa ‘bersalah sangat’. Adalah alasan sebagai jawapan apabila ada yang bertanya kelak. Budak-budak ini, anak muda kita ini, cuma ingat sikap ala samseng dan gangster yang kononnya “hebat” dan “cool” itu …aduh…dilakonkan pula oleh artis pujaan dan ternama. Anak muda mahu jadi seperti mereka. Bila ada peluang..nah keluarlah aksi yang telah dirakam dan disimpan dalam kepala. Jangan buat2 tak tahu.”

juvana

(sekadar gambar hiasan)

Apa yang diperkatakan oleh Wardina ini ada juga kebenarannya. Kalau tak salah kami, cultivation theory yang dikemukakan oleh George Gerbner ada menjelaskan mengenai bagaimana program televisyen yang mengandungi unsur ganas boleh mempengaruhi sikap penonton.

Buktinya, aksi-aksi ganas yang dilakukan semasa membuli itu dilihat menyerupai beberapa adegan dalam filem dan drama gangster yang kebanyakannya mendapat sambutan daripada penonton.

Hurm.. Anda rasa apa respon pengarah apabila membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Wardina ini? Adakah mereka akan membiarkan isu ini seperti angin lalu sahaja?

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×