berita

Kes Bunuh Diri Meningkat, PM Jepun Tubuh Menteri Kesunyian

February 18th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sejak belakangan ini, kes bunuh diri di Jepun dipercayai semakin meningkat berbanding tempoh 11 tahun yang lalu. Tekanan dan pengasingan diri semasa pandemik covid-19 merupakan salah satu punca kes tersebut meningkat di negara berkenaan.

Susulan daripada itu, Perdana Menteri Jepun iaitu Yoshihide Suga telah melantik Tetsushi Sakamoto sebagai Menteri Kesunyian bagi menangani masalah tersebut.

Buat aktiviti supaya tidak sunyi

Sekadar gambar hiasan

Menerusi laporan The Japan Times, Sakamoto akan menyelaras usaha di beberapa kementerian dan agensi bagi mencari penyelesaian masalah itu.

Golongan wanita lebih mudah rasa terasing yang menyebabkan terdapat peningkatan kes bunuh diri. Saya harap Sakamoto dapat mengenal pasti punca dan mengemukakan strategi yang komprehensif.

Menurut Sakamoto, dia bakal menubuhkan pasukan khas dan mengadakan forum dengan kumpulan sokongan pada bulan ini. Beliau juga berharap dapat menjalankan aktiviti yang boleh membantu masyarakat di Jepun supaya mereka tidak berasa sunyi dan disisihkan oleh masyarakat di sekeliling.

Kadar bunuh diri tertinggi

Buat pengetahuan korang semua, Jepun antara negara dengan kadar bunuh diri tertinggi iaitu sekitar 14.9 kes bagi setiap 100 ribu individu. Menurut kajian Organisasi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi, sebilangan besar kes adalah disebabkan masalah kesihatan dan ekonomi terutama ketika pandemik Covid-19 ini. Selain Jepun, Britain, Kanada, Jerman dan Australia antara negara yang bakal membuat pertimbangan untuk mewujudkan jawatan yang sama.

Sumber: The Japan Times

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×