berita

Kes Bunuh Guna Lembing, 2 Beranak Ditahan Reman

September 3rd, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50-an bersama anak lelakinya, 29 tahun telah ditahan oleh pihak polis bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan seorang pemuda menggunakan senjata tajam.

Berlaku pergaduhan, tertikam mangsa

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Astro Awani, insiden ngeri tersebut berpunca ketika mangsa berusia 29 tahun bersama sekumpulan lelaki yang bersenjatakan parang dipercayai telah datang ke rumah suspek yang terletak di pangsapuri di Taman Tun Hussein Onn, Seberang Jaya. Semasa di lokasi kejadian, berlakunya pergaduhan antara mereka.

Suspek kemudian mengambil senjata tajam dipercayai lembing dari dalam rumahnya dan menyerang 10 lelaki terbabit. Mangsa terkena tikaman pada bahagian dada susulan serangan balas daripada suspek. Mangsa yang mengalami kecederaan parah telah dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.

Berikutan daripada insiden itu, pihak polis telah menahan reman dua individu selama tujuh hari bagi membantu siasatan. Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Asisten Komisinoner Shafee Abd Samad, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti motif kejadian. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Astro Awani

SKIP THIS AD ×