![[VIDEO] Syed Saddiq Cadang Kerajaan Pasang CCTV Di Setiap Sekolah – ‘Itu Adalah Kos Yang Patut Kita Tangani’](https://asset.ohbulan.com/2025/10/syed-saddiq.jpg)
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencadangkan agar kerajaan menyediakan peruntukan khas kepada setiap sekolah di Malaysia bagi pemasangan kamera litar tertutup (CCTV), susulan insiden buli, rogol, dan pembunuhan yang melibatkan pelajar.
Artikel Berkaitan: Pelajar Perempuan 16 Tahun Maut Ditikam Pelajar Lelaki 14 Tahun
Artikel Berkaitan: [Kes Pelajar Perempuan Maut Ditik*m] Intan Najuwa – ‘Ibu Bapa, Guru & Seluruh Komuniti Memikul Tanggungjawab Dalam Membimbing Anak’
Nyawa anak-anak penting
Ketika perbahasan Belanjawan 2026, di Dewan Rakyat, Syed Saddiq berkata pemasangan setiap kamera tidak memakan kos yang tinggi iaitu antara RM50 hingga RM200.
Saya pergi shopping sekejap je, DIY. CCTV boleh beli RM50 satu unit. Kalau nak canggih sedikit, gunakan tenaga solar, RM200. Kalau satu sekolah dapat pasang 20 CCTV, tak ke banyak?
Di Malaysia kita ada 10,000 sekolah, kosnya tidak begitu tinggi. Tetapi kalau tinggi pun, dapat memastikan satu nyawa diselamatkan, itu adalah kos yang patut kita tangani.
Selain itu, Syed Saddiq turut mencadangkan supaya sistem yang melindungi pembuli dihapuskan sepenuhnya, dengan menekankan bahawa warden, pengetua, dan pegawai penguat kuasa harus dipertanggungjawabkan sekiranya insiden sedemikian berlaku.
Kita perlu siasat dan perlu berani miskinkan sistem sokongan pembuli. Saya tanya satu soalan sahaja. Tunjuk satu bukti mana penguatkuasa, mana warden, mana pengetua.. seorang yang diambil tindakan. Lazimnya tak ada.
Kalau dah ada orang kena rogol, kena bunuh, kena buli, nama sekolah itu tak penting. Yang penting adalah keselamatan dan nyawa anak-anak kita di situ.
Dalam pada itu, Syed Saddiq menggesa kerajaan agar bertegas dalam melaksanakan dasar ‘you touch, you go’, sebagai langkah tegas terhadap sebarang bentuk salah laku melibatkan pelajar.
Pada Rabu, Malaysia dikejutkan dengan insiden tragis melibatkan seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun yang maut dipercayai akibat ditikam oleh seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun di sebuah sekolah menengah.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, mangsa cedera ditikam di bahagian badan dengan beberapa tikaman dipercayai menggunakan dua senjata tajam.
Sumber: Instagram





![[VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed](https://asset.ohbulan.com/2026/07/aufMf27t-pu-syed.jpg)

