
Semakin sampai ke penghujung, Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat memutuskan kes perceraian membabitkan rumah tangga penyanyi, Zehra Zambri dan suami, Nur Mohd. Iqwan Samsudin diselesaikan melalui proses Hakam Islah pada 13 Ogos depan.
Artikel Berkaitan: Zehra Zambri Nasihat Suami Berhenti Canang Cerita Rumah Tangga – ‘Nanti Anak Besar Lihat Fitnah Dibuat Bapa Sendiri’
Artikel Berkaitan: Zehra Zambri & Suami Sudah Beri Keterangan Di IPD Kajang Kes Keganasan Rumah Tangga
Kes cerai dibawa ke Hakam Islam

Peguam syarie mewakili Zehra iaitu Abd. Muiz Samsuri berkata, keputusan itu dibuat selepas Hakim Syarie, Wan Nuruldin Wan Hussain mendengar keputusan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP).
Mahkamah telah mensabitkan bahawa adanya Shiqaq (perbalahan berpanjangan) antara klien saya, Zehra, dan defenden. Jadi atas dasar itu, mahkamah telah menetapkan untuk perlantikan Hakam Islah kali pertama yang akan ditetapkan pada 13 Ogos hadapan.
Hakam Islah sepatutnya keluarga manakala satu lagi Hakam lantikan mahkamah. Walau bagaimanapun sebentar tadi mahkamah telah menetapkan Hakam Islah adakah lantikan daripada mereka (mahkamah) yang profesional.
Tambah Abd. Muiz, pihak Iqwan juga menuntut Zehra untuk menggugurkan beberapa tuntutan yang difailkan sebelum ini, namun ditolak.
Pihak kami tidak bersetuju disebabkan dengan permintaan defenden. Alasan itulah yang membuatkan klien saya, Zehra, hadir ke mahkamah untuk membuat permohonan perceraian.
Bagi kami alasan itu adalah penting. Sekali lagi, pihak kami tidak bersetuju dengan beberapa perenggan pengguguran pada permohonan tersebut.
Sebelum ini, pelantun lagu Semalakama memfailkan permohonan cerai secara ‘fast track’ terhadap suaminya, Nur Muhd Iqwan selepas mendakwa lebih tiga tahun berkorban mempertahankan rumah tangga mereka.
Nur Mohd. Iqwan juga pernah berkongsi lima tuntutan permohonan perceraian yang difailkan oleh Zehra pada 7 Mac lalu terhadapnya.
Antara tuntutan tiada lagi persefahaman antara mereka, culas menjalankan tanggungjawab, sikap, pengabaian serta institusi perkahwinan sudah tidak dapat diselamatkan lagi.
Untuk rekod, Zehra mendirikan rumah tangga dengan Iqwan pada 11 November 2021. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Zahiyah Iqleela yang kini berusia dua tahun setengah.
Sebelum itu, Zehra pernah berkahwin dengan Wan Muhammad Nurhariz Hariri pada 14 Oktober 2017, namun ikatan itu hanya bertahan selama enam bulan sebelum bercerai pada April 2018.
Iqwan juga pernah berkahwin dan memiliki dua cahaya mata.








