Suami kepada penyanyi Zehra Zambri, Nur Mohd Iqwan Samsudin, 42, tetap dengan pendiriannya untuk menuntut isterinya menggugurkan empat daripada lima tuntutannya.

Artikel Berkaitan: Zehra Zambri Dakwa Terpaksa ‘Mengemis’ Duit Susu & Lampin Anak Daripada Suami

Artikel Berkaitan: ‘Saya Sudah Sedia Ceraikan Zehra Zambri’

Gugurkan empat daripada lima tuntutan

Ketika ditemui OhBulan!, Mohd Iqwan memaklumkan bahawa lima tuntutan itu memberi implikasi undang-undang di pihaknya.

Antara alasan yang dikemukakan Zehra dalam permohonan cerainya ialah tiada persefahaman, suami culas menjalankan tanggungjawab, sikap suami yang bermasalah, pengabaian, serta rumah tangga yang sudah tidak mampu diselamatkan.

Saya minta dia ubah tuntutan. Saya tak nak cakap banyak dalam hal ini sebab ada implikasi undang-undang jika tuntutan tak diubah.

Contohnya, dia cakap saya mengabaikan dia sedangkan saya tak buat benda itu.

Mohq Iqwan berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Rendah Hulu Langat, Bangi, pada Rabu.

Cerai tetap cerai

Tegasnya, dia tetap akan menceraikan isterinya namun, bergantung kepada Majlis Tahkim yang berlangsung hari ini.

Saya akan ceraikan dia, macam mana keadaan sekali pun.

Saya cakap dengan dia, saya boleh ceraikan tapi dengan talak raj’ie (masih boleh rujuk dalam tempoh iddah).

Tapi kalau tak sampai persetujuan, hak bercerai itu akan diberi kepada mahkamah. yang dipanggil sebagai talak ba’in (diputuskan oleh mahkamah).

Tapi sama ada kes perceraian selesai pada hari ini bergantung pada Majlis Tahkim.

Sebelum ini, Iqwan pernah meminta isterinya, Zehra, menarik balik dakwaan berkaitan nafkah dan keganasan rumah tangga dalam permohonan cerai yang difailkan pada 7 Mac lalu.

Mahkamah sebelum itu memutuskan supaya kedua-dua pihak melantik wakil masing-masing untuk melalui proses JKP. Namun, tiada persetujuan dicapai, menyebabkan kes perceraian itu tertangguh.

Pada Mac lalu, Zehra memfailkan permohonan cerai secara ‘fast track’ terhadap Iqwan selepas lebih tiga tahun berusaha mempertahankan rumah tangga mereka, tetapi gagal.

Zehra dan Iqwan berkahwin pada 10 November 2021 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Zahiyah Iqleela, yang kini berusia dua tahun.