Di Instagram, pelakon Izreen Azminda tampil memberi respons selepas namanya dikaitkan dengan video menangis pempengaruh, Intan Saleh yang heboh di media sosial, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Intan Saleh Lantik Peguam, Bakal Berhadapan Dengan Izreen Azminda & Bekas Suami
Artikel Berkaitan: ‘Tak Best Pun Sibuk Hal Hang’ – Izreen Azminda Harap Intan Saleh Tak Ilusi & Twist Cerita, Jom Jumpa Bawa Suami Sekali
Kes hampir selesai
Menerusi posting di Instagram Story, Izreen berkata urusan mahkamah bersama pihak berkenaan sudah hampir selesai. Bukan itu sahaja, Izreen juga bakal mengeluarkan kenyataan rasmi demi menjernihkan keadaan agar tiada lagi isu berbangkit atau kes salah faham yang berterusan lagi.
Assalamualaikum, memandangkan ramai sangat yang dm berkenaan isu yang dibangkitkan sekarang. Apa yang saya boleh katakan, kes mahkamah hampir selesai. Once dah selesai, kita akan keluarkan kenyataan rasmi nanti. Insya-Allah, supaya tidak ada lagi salah faham atau cerita yang tidak elok untuk didengar mahupun ditokok tambah atau sengaja diadakan.
Tambah isteri kepada Ude Wahid itu, dia berharap agar ramai pihak memberi ruang kepadanya supaya segala urusan dapat berjalan lancar.
Harap semuanya bersabar dan tidak saling menunding jari dan terus menghukum seperti yang telah berlaku sejak 2017 hingga 2023. Jadi saya memohon doa dari anda semua agar urusan ini dapat diselesaikan dengan baik. Bagi ruang dan masa supaya ianya berjalan lancar, Insya-Allah.
Terdahulu, Intan memuat naik video menangis teresak-esak dan kesal apabil namanya dikatakan masih belum move on sehingga kerjaya dan pendapatan suamianya menjadi pertikaian.
Sumber: Izreen Azminda