berita

Kes Mati Lemas Tarik Perhatian Ramai, Siapa Tangmo Nida Sebenarnya?

March 3rd, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Kes kematian pelakon terkenal Thailand iaitu Tangmo Nida akibat terjatuh dari bahagian belakang bot laju terus menjadi perhatian ramai. Wujud pelbagai spekulasi dan persoalan berhubung insiden lemas tersebut yang dilihat sebagai satu ‘konspirasi’ jahat. Namun siapakah sebenarnya Tangmo sehingga kisah kematiannya terus menarik perhatian warganet.

Siapa Tangmo Nida?

Tangmo Nida atau nama sebenarnya Pataratida Patcharawirapong dilahirkan pada 13 September 1984 di Thailand. Tangmo Nida pernah mengubah namanya sebanyak dua kali iaitu Tangmo Pataratida dan Tango Mida semasa usianya semakin meningkat. Memiliki ketinggian 168cm serta berat badan 67kg, Tangmo Nida memulakan kerjaya dalam bidang seni sebagai pelakon, model dan penyanyi pada tahun 2003. Mendiang juga pernah mendirikan rumah tangga dengan Tano Pakin Kumwilaisuk pada tahun 2013 namun, mereka berpisah pada tahun tahun 2015.

Foto mendiang Tangmo Nida dengan bekas suaminya

Selepas berpisah, Tangmo Nida dipercayai menjalin hubungan dengan beberapa orang lelaki. Difahamkan, dia sedang bercinta dengan Bird (Stonerbkk). Bekas pelajar jurusan seni dari Dhurakij Bundit ini seorang yang mahir berenang. Bukan itu sahaja, Tangmo Nida akan mengisi masa lapangnya dengan melayari internet. Selebihnya, dia akan tidur dan menjaga kesihatan dirinya.

Kerap dapat tawaran watak utama

Kalau korang nak tahu, mendiang merupakan artis berbakat yang kerap mendapat tawaran watak utama dalam Channel 7. Antara drama lakonannya, Benja Keta Kwarm Ruk, Oun I Ruk, Sai Ruk Sai Sawaat, Bai Mai Tee Plid Plew dan terbaru Nuer Nai. Tangmo Nida juga pernah bergandingan dengan pelakon hebat Cee Siwat Chottichaicharin dalam filem Mae Nak.

Berbicara mengenai album pula, Tangmo Nida pernah menghasilkan lima buah album. Antara albumnya yang diketahui ramai ialah Benja Keta Kwarm Ruk, Tarad Narm Dum Nern Ruk Part 2, Jao Ying Lhong Yook, Pleng Ruk Baan Nah dan Sao Noy Roy Lem Kwien. Tangmo Nida juga pernah muncul dalam muzik video berjudul In one of D2B, Poor Ter Pen Kon Dee By: Baby Bull, Dtua Tuang dan Rung. Di media sosial, Tangmo Nida antara selebriti yang memiliki pengikut paling ramai iaitu 1.5 juta di Instagram.

Ibu bapa rasa sangsi

Bercerita mengenai detik kejadian, Tangmo Nida bersama lima rakan termasuk pengurusnya dipercayai telah menaiki  sebuah bot untuk menjamu selera. Namun menurut ibu mangsa, apa yang menimbulkan tanda tanya adalah pakaian yang dipakai anak perempuannya pada ketika itu seolah-olah mahu menghadiri ‘photoshoot’ dan bukannya mahu pergi menjamu selera.

Bukan itu sahaja, Panida Sirayutthayothin juga mendakwa kemungkinan ada berlakunya pertengkaran antara anak perempuannya bersama rakannya yang berada di dalam bot berkenaan sehingga membuatkan ada di antara mereka tidak senang dengan kehadiran Tangmo Nida.

Tidak terhenti di situ, ibu Tangmo Nida juga tidak percaya dengan laporan yang mendakwa anak perempuannya itu duduk di bahagian belakang semata-mata untuk ‘melegakan dirinya’ kerana tandas di dalam bot berkenaan rosak. Tambah ibu Tangmo Nida, anak perempuannya seorang bintang. Sebagai ibu, dia tidak dapat membayangkan insiden tersebut. Sehingga kini, keluarga Tangmo sedang menantikan keputusan pihak polis mengenai kejadian yang menimpa anak mereka.

Sumber: IDN Times

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×