berita

Kes Paling Kejam! Culik Kanak-Kanak ‘Terlelap’ Dalam Kereta Api Sebelum Rogol & Penggal Kepala Sebab Mangsa Menangis

January 21st, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Tergamaknya dua orang lelaki merogol dan membunuh seorang kanak-kanak berusia 3 tahun dengan cara paling kejam. Kejadian yang berlaku di Jamshedpur, India pada 25 Julai 2019 dipercayai terjadi apabila ibu kanak-kanak itu membuat laporan anaknya hilang kepada pihak keretapi, GRP Tatanagar selepas mendapati anaknya tiada disisi ketika bangun dari tidur.

Diculik dalam keretapi ketika tidur

Difahamkan kejadian berlaku apabila seorang ibu bersama anak perempuannya yang berusia 3tahun dalam perjalanan ke Jamshedpur bersama kekasih barunya. Kemungkinan ketika itu pasangan tersebut tertidur sehingga tidak menyedari suspek menculik anaknya. Selepas sedar, ibu mendapati anaknya hilang lalu terus membuat laporan polis. Ibu mangsa telah membuat laporan anak hilang kepada GRP Tatanagar pada 26 Julai dan keesokan harinya, polis telah menahan menahan dua orang setelah memeriksa rakaman CCTV dari stesen tersebut.

Dalam rakaman CCTV itu, didapati seorang lelaki telah menculik kanak-kanak itu yang ketika itu sedang tidur. Selepas menahan kedua-dua suspek itu, mereka mengaku di hadapan polis semasa soal siasat dan memberitahu polis mereka telah merogol dan memenggal kepala kanak-kanak tersebut.

Tak jumpa kepala mangsa

Menurut Superintendan Polis (Keretapi) Ehtesham Waquarib, dua orang suspek yang ditahan mengaku mencekik mangsa ketika merogol akibat tidak tahan mendengar kanak-kanak itu menangis tidak henti-henti. Akhirnya selepas merogol, mereka kemudian memenggal kepalanya dan membuangnya .

Pasukan kami mencari kepala yang hilang sepanjang hari di dalam dan di sekitar lokasi kejadian pada hari Rabu. Pada hari Khamis, kami telah membawa dua pasukan skuad anjing ke tempat kejadian untuk mencari kepala gadis yang hilang tetapi tidak dapat menemuinya.

Tambah polis itu lagi, salah seorang suspek mempunyai rekod jenayah yang serupa. Suspek pernah dijatuhi hukuman penjara dua tahun kerana menculik seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dengan niat untuk membunuh di Jamshedpur pada 18 April 2015. Lebih sulit apabila penduduk kampung memberontak marah ketika polis membawa suspek bersama anjing ke kampung suspek bagi mengesan kepada kanak-kanak tersebut.

Penduduk kampung mula menyerang dengan mengepung kenderaan polis minta suspek diserahkan kepada mereka. Hasil laporan autopsy menunjukkan kemaluan si anak yang rosak teruk membuktikan bahawa dia telah dirogol oleh si suspek. Teman lelaki si ibu juga ditahan atas dakwaan si ibu yang berkemungkinan lelaki itu juga bersubahat atas penculikan anaknya tu.

Sumber : TribuneIndia, Opindia

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×