berita

‘Kes Pangsapuri Cheras Besar Kemungkinan Disebabkan Aktiviti Kunjung-Mengunjung’ – KP Kesihatan

June 2nd, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Dalam perkembangan hari ini, sebanyak 20 kes baharu dilaporkan positif Covid-19. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Noor Hisham Abdullah, dalam sidang media berkata 15 kes daripada keseluruhan kes tersebut adalah dari tahanan depoh yang sudah ditahan dan diasingkan. Manakala 5 daripadanya adalah penularan tempatan.

20 kes baru

66 kes yang telah pulih dan dibenarkan dicaj dari wad hari ini bersamaan 82.14% daripada keseluruhan. Sehingga 2 Jun jam 12 tengahari sebanyak 20 orang kes baru yang telah dilaporkan. Ini menjadi keseluruhan kes di Malaysia adalah 7877 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan di hospital.

Menurut Datuk Noor Hisham, 15 kes adalah dari tahanan depoh, manakala 5 kes penularan dalam negara. 3 dari penularan tempatan itu merupakan warga asing dan 2 dari warganegara. Sehingga kini seramai 6 orang sedang dirawat Unit Rawatan Rapi manakala 2 orang memerlukan bantuan pernafasan. Sukacita dimaklumkan bahawa tiada kes kematian yang dilaporkan hari ini.

Kluster baru

Dimaklumkan satu kluster dikesan daripada Pangsapuri di Cheras. Kes pertama dikenalpasti dari pelajar tahfiz. Walau bagaimanapun, tiada guru atau pelajar yang mempunyai sejarah menghadiri perhimpunan Sri Petaling. Terdapat 6 kes dalam kluster ini iaitu 3 kes dari penghuni pangsapuri tersebut dan 3 kes lain di luar kawasan pangsapuri.

Kes-kes positif kluster ini adalah merupakan ahli keluarga dan rakan dimana kes pertama dikesan. Punca jangkitan masih dalam siasatan. Namun besar kemungkinan besar adalah aktiviti kunjung mengunjung sebelum dan semasa hari raya.

Susulan itu, pihak KKM turut membuat beberapa langkah pencegahan di pangsapuri tersebut. Pihak KKM turut menggesa agar aktiviti kunjung mengunjung dielakkan agar rantaian ini dapat diputuskan.

https://www.facebook.com/ohbulanofficialfan/videos/583033879075936/

Sumber : KKM

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×