
Penyanyi Hael Husaini menjadi saksi kes penyelewangan wang berjumlah RM28,000 yang melibatkan Syarikat Pengurusan Bakat, Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd hari ini di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Artikel Berkaitan: Hael Husaini Mengaku Dah Tak ‘Available’, Akan Kongsi Berita Perkahwinan Bila Tiba Masa
Artikel Berkaitan: Hael Husaini Hanya Upah ‘Bodyguard’ Jika Pakai Barangan Jenama Mewah – ‘Untuk Jaga Barang, Bukan Jaga Saya’
Penyelewangan wang

Ketika ditemui OhBulan!, Naib Presiden Rocketfuel Entertainment, Prem Rajahram Anand memaklumkan bahawa Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd, telah memfailkan saman terhadap individu yang merupakan bekas kakitangannya.
Ujarnya, individu terbabit telah mencabar Syarikat Pengurusan Bakat, Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd mengenai kes penyelewangan wang.
Pada pertengahan tahun lalu, kami telah membuat satu laporan polis terhadap seorang bekas pekerja yang disyaki menyeleweng sejumlah wang daripada tawaran persembahan yang dipersembahkan oleh Hael.
Selepas membuat laporan polis itu, kami membuat keputusan untuk mendakwa dia di mahkamah.
Pada hari ini, kami hadir untuk perbicaraan kes yang bakal disambung pada pukul 2 petang ini.
Prem berkata demikian ketika ditemui di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini.
Jadi iktibar

Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Diam’ memilih untuk menyerahkan segalanya pada pihak berkuasa.
Tambahnya, dia berharap agar perkara ini menjadi pengajaran kepada semua pihak.
Jadi, Hael di sini untuk menjadi saksi bahawa dia penyanyi menjalankan tugas tersebut.
Hael dan Rocketfuel tidak mendapat bayaran satu sen pun. Keseluruhan wang diambil individu terbabit.
Apa yang berlaku ini, semoga menjadi iktibar kepada saya, pihak pengurusan dan artis lain.
Bagaimanapun, perbicaraan akan disambung pada pukul 2 petang ini.







![[VIDEO] Individu Tegur Penampilan Nampak Dewasa, Thalita Bidas – ‘Saya Duduk Atas Pentas, Makeup Kena Tebal’](https://asset.ohbulan.com/2026/07/thalita-1.jpg)
