Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun menerusi perkongsian terbaru di akaun media sosial milik beliau meminta orang ramai menghormati prosiding mahkamah perbicaraan kes tersebut yang bersambung pada hari ini.
Bella berada dalam keadaan baik
Saya sentiasa memantau keadaan adik Bella dan memberi sokongan dengan memastikan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat sentiasa memberikan sokongan psikososial buat Bella dan rakan-rakannya bagi mengembalikan semangat dan keceriaan buat anak istimewa ini.
Masih lagi menjalani proses pemulihan dan kaunseling di institusi kanak-kanak di bawah kendalian JKM, Rina memberitahu Bella kini berada dalam keadaan baik.
Tambah Rina, beliau sentiasa memantau keadaan Bella dan memberi sokongan psikososial buat anak istimewa itu. Bagi mengetahui perkembangan terkini kanak-kanak istimewa itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat yang ditugaskan ke mahkamah akan mengemukakan laporan kepadanya setiap kali kes tersebut dibicarakan.
Dibicara seadilnya
Rina turut berdoa semoga kes ini dapat dibicarakan seadilnya dan setiap saksi dapat memberikan keterangan yang benar agar keadilan dapat kita tegakkan.
Saya faham ramai di luar sana sayangkan Bella. Untuk itu, Usah sebar maklumat-maklumat kurang tepat berkaitan kes adik Bella dan teruskan menghormati prosiding yang sedang berlangsung di mahkamah.
Sumber: Rina Harun