Penyanyi Datuk Nora Ariffin memberitahu kes rujuknya dengan suami, Dr Rushdi Ramli sudah selesai, semalam.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nora Ariffin Nafi Bekas Suami Diacu Senjata Ketika Lafaz Cerai – ‘Dia Dapat Panggilan Telefon Untuk Lepaskan Saya’
Artikel Berkaitan: Nora Ariffin Adakan Konsert Solo Pertama Selepas 30 Tahun Bergelar Anak Seni Pada Disember Ini
Kami suami isteri yang sah
Menurut Nora, status mereka adalah suami isteri yang sah. Tambah Nora, apa yang berlaku sebelum ini mempunyai sebab. Pada masa yang sama, dia dapat melihat perangai sebenar manusia apabila sesuatu perkara yang buruk berlaku.
Ada kalanya, kita perlu muhasabah diri dan berterima kasih kepada Allah atas segala perkara yang baik mahupun buruk. Sebab Allah tahu mana yang terbaik buat kita.
Menerusi posting tersebut juga, Nora berjaya mencuri tumpuan ramai apabila dia meletakkan tanda pagar #mogatiadapaksaanlagi. Tidak mengulas lebih lanjut berhubung tanda pagar tersebut, ruangan komen Nora telah ditutup.
Moga tiada paksaan lagi?
Imbas kembali, pada 12 Ogos lalu, Nora diceraikan oleh bekas suami menerusi video berdurasi 52 saat yang dimuat naik di Instagram.
Nora berkata, perceraian berlaku sebelum tarikh video itu dimuat naik.
Untuk rekod, pasangan itu bergelar suami isteri pada 2021, malah Rushdi adalah sahabat baik kepada suami pertama Nora, Allahyarham Johan.
Johan yang juga komposer tersohor meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung pada usia 52 tahun.
Sumber: Nora