berita

Kes Selesai, Menteri Mohon Maaf Kepada Veveonah

September 11th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Sebelum ini, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi iaitu Khairy Jamaluddin (KJ) telah bertemu dengan Veveonah di USM memohon maaf mewakili pihak kerajaan atas dakwaan yang telah dibuat Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin. KJ bagaimanapun turut mencadangkan Veveonah bekerjasama dengan Yayasan Inovasi demi membangunkan projek inovasi di kawasan pinggir bandar.

Artikel berkaitan: ‘Saya Telah Minta Maaf Kepada Veveonah Mewakili Kerajaan’ – KJ

Terbaru, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia iaitu Datuk Zahidi Zainul Abidin juga tampil memohon maaf kepada pelajar tersebut dan mengakui telah terima maklumat tidak tepat.

Saya ingin memohon maaf

Memetik laporan Astro Awani, Datuk Zahidi Zainul Abidin mendakwa dirinya telah menerima maklumat tidak tepat ketika menjawab soalan tambahan di Dewan Negara mengenai Veveonah yang terpaksa memanjat pokok untuk mendapatkan capaian internet.

Saya ingin memohon maaf, dengan keizinan Yang Dipertua, saya ingin membuat permohonan itu di dewan mulia ini kerana menimbulkan kekeliruan dalam hal adik Veveonah. Maaf juga kerana maklumat daripada wakil rakyat kawasan menyebabkan rasa tidak puas hati sesetengah pihak.

Pendapat telah disalah tafsirkan

Datuk Zahidi bagaimanapun menyifatkan dakwaannya itu kemungkinan besar telah disalah tafsirkan oleh segelintir pihak. Tambahnya, dia mengakui kawasan sekitar Kampung Sipatalang di Pitas, Sabah turut mengalami kelemahan liputan internet dna memerlukan perhatian dari kerajaan.

Mungkin pendapat saya telah disalah tafsir. Di daerah dan Pekan Pitas terdapat liputan dan pusat internet, namun ia perlu ditambah baik secara keseluruhan.

Kalau anak kita pun kita akan nasihat untuk tidak melakukan perkara itu kerana takut tercedera. Tetapi, perjuangan Veveonah untuk menunjukkan bahawa terdapat kekurangan liputan internet di kawasan luar bandar adalah perjuangan yang patut dipuji.

Speaker Dewan Negara iaitu Tan Sri Rais Yatim menzahirkan rasa puas hati dengan kesungguhan serta keikhlasan permohonan maaf yang dilakukan oleh Zahidi.

Maka apa yang telah timbalan menteri lafazkan permohonan maaf sebentar tadi yang secara berterusan secara spontan dan ikhlas harus diterima oleh dewan ini.

Sumber: Astro Awani

SKIP THIS AD ×