berita

[VIDEO] KJ Minta ‘Podcaster’ Jaga Sensitiviti Sebelum Kerajaan Masuk Campur

February 2nd, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Khairy Jamaluddin

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menasihati mana-mana individu yang ingin mengedalikan program podcast hendaklah melakukan kajian terlebih dahulu mengenai sesebuah topik yang ingin dibincangkan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Terhibur Tengok KJ ‘Fed Up’ Dengan Fafau – ‘Dataran Kau Pergi Dataran Merdeka Lah’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Trend ‘Berdua Bersatu’ Bikin FYP di TikTok, Sampai KJ Pun Terjebak!

Kawal selia konten

Khairy Jamaluddin

Ketika ditemui OhBulan! Khairy, 48, berharap pengendali podcast tidak memainkan isu sensitif sehingga menyentuh perasaan masyarkat.

Katanya, lebih elok jika konten yang disajikan dikawal selia sendiri sebelum dipantau oleh pihak berkuasa.

Saya minta orang yang mengendalikan program podcast (podcaster) untuk mengawal selia sendiri konten mereka. Tunjukkan kepada khalayak ramai bahawa industri podcast ini matang dah tahu batas perbincangan yang muhasabah.

Saya tidak mahu jika ada segelintir podcaster yang mainkan isu sensitif atau melanggar sensitiviti masyarakat sehingga membabitkan kerajaan pula yang akan mengawal selia.

Sebab jika kita lihat sekarang ini, tiada mana-mana pihak atau badan yang mengawal selia program ini dan itu sebenarnya lebih mudah untuk podcaster. Podcaster dapat kebebasan menyampaikan konten tanpa sebarang sekatan.

Jika ada yang gunakan konten sehingga mengguris sensitiviti saya risau akan ada yang akan mengawal selia. Lebih baik podcaster kawal selia sendiri.

Khairy berkata demikian ketika ditemui pada sidang media KL Pod Fest 2024, yang diadakan di PJPAC, One Utama, pada Jumaat.

@ohbulanofficial Khairy Jamaluddin menasihati mana-mana individu yang ingin mengedalikan program podcast hendaklah melakukan kajian terlebih dahulu ?? #ohbulan #sembangentertainment #kj #khairyjamaluddin #podcast ? original sound – OHBULAN!

Sementara itu, disoal adakah seseorang individu itu perlu mempunyai ilmu yang tinggi sebelum mengendalikan program tersebut, Khairy menjawab podcast terbaik adalah podcast yang mempunyai pengisian.

Saya lihat semakin ramai yang menceburi dunia podcast, itu satu petanda yang baik. Maka di antara podcaster akan bersaing secara sihat untuk menyampaikan konten masing-masing dengan baik.

Podcast terbaik adalah podcast yang telah melakukan kajian. Saya percaya pendengar pun sudah bijak menilai. Jika pendengar rasa konten itu tiada nilai pasti mereka akan kata apa beza dengar podcast itu berbanding borak di kedai mamak.

Untuk podcast saya sendiri iaitu Keluar Sekejap, kami satu pasukan meluangkan banyak masa untuk buat kajian bagi sesebuah isu sebelum kami bercakap. Sesiapa pun yang ada minat untuk buat kajian boleh buat podcaster.

Untuk info, KL Pod Fest 2024 akan berlangsung pada Sabtu dan Ahad bermula jam 10 pagi di PJPAC, One Utama. Acara tersebut terbahagi kepada tiga pentas termasuk satu dikhaskan bagi aktiviti bengkel.

Antara podcaster yang akan terlibat termasuklah Tiber, Mamak Sessions, Boraklah, Financial Faiz, Are We Ok?, Better Call Sukan, Popadam Podcast, Bisikan Kerajaan Langit, Malam Seram, Sembang Kopiah Terbang.

Tidak ketinggalan, Mr Money TV, TTYL, OkLestsGo, Daddyhood, Keluar Sekejap, Kita Family, You Might Sit Down For This, Balls Deep, Head Over Heels, dan The Amin Idris Show.

Pembahagian segmen topik ditampilkan cukup meluas termasuk pengurusan kewangan, keluarga, sukan, hiburan, kisah seram dan lain-lain.

SKIP THIS AD ×