berita

Kes Tendang Pengawal Keselamatan, Lelaki Berpangkat Koperal Ditahan Bantu Siasatan

May 11th, 2021 | by Najmi Suhaimi
Kini Trending

Foto: Tangkap layar video

Sebelum ini, tular satu video di media sosial memaparkan seorang lelaki dipercayai anggota polis yang telah mengasari seorang pengawal keselamatan. Kejadian tersebut berlaku dua hari lepas, kira-kira jam 12.45 tengah hari.

Sudah ditahan bagi siasatan

Foto: Tangkap layar video

Menerusi tweet wartawan Media Prima Berhad, Mohd Redzuan Abdul Manap anggota polis berpangkat Koperal yang bertugas di Ibu Pejabat Polis (IPD) Petaling Jaya sudah ditahan bagi membantu siasatan. Difahamkan, punca kejadian tersebut berlaku adalah disebabkan pengawal keselamatan yang lambat membuka palang pintu masuk ke Sri Manja Court Apartment.

Dalam kejadian ini, suspek telah menendang ke arah perut mangsa menyebabkan mangsa mengalami sakit di bahagian perut. Suspek juga dipercayai turut menggugut mangsa dengan hendak memukulnya menggunakan topi keledar miliknya.

Susulan daripada itu, mangsa telah dikejarkan ke Pusat Rawatan Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi mendapatkan rawatan lanjut. Kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (ugutan jenayah) dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sumber: Mohd Redzuan Abdul Manap

SKIP THIS AD ×