Usahawan Irdina Hakim menziarahi kubur ibunya yang juga usahawan kosmetik terkenal, Allahyarham Faziani Rohban sempena memperingati ulang tahun kelahiran arwah.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ada Orang Tak Puas Hati Dengan Perniagaan’ – Anak Arwah Pengasas Dnars Dakwa Disihir Selepas Kematian Ibu
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak Arwah Pengasas Dnars Kembali Ke Thailand Selepas 4 Tahun – ‘Kematian Mommy Yang Misteri Buat Saya Trauma’
‘Rindu yang mendalam’
Mengakui amat merindui arwah, Irdina berkata, dia berterima kasih kepada ibunya kerana telah mendidiknya serta adik-beradik yang lain untuk berdikari.
Selamat ulang tahun bidadari syurgaku. Terima kasih mengajar kami (adik-beradik) untuk berdikari dari kecil. Pemergianmu mengajar kami erti pengorbanan.
Terima kasih ajar kami menghargai, menyayangi dan tetapi jadi orang baik saat kau dikhianti sekali pun.
Tiada kata lagi hanya rindu yang semakin mendalam, kesakitan yang berparut hingga hujung nyawa kami.
Irdina berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran di TikTok beserta sepotong video memaparkan dia bersama adik-beradiknya menziarahi kubur arwah.
Uruskan syarikat
Dalam pada itu, Irdina bernjanji akan memajukan syarikat dan menguruskan perniagaan kosmetik yang ditinggalkan ibunya.
Saya akan berusaha sehabis baik untuk memajukan syarikat Dnars Skincare. Semoga ibu tersenyum melihat apa yang aku usahakan, yang aku perjuangkan.
Selagi badan ini dikandung nyawa, selagi itu tak akan aku persiakan harapanmu dan impianku.
Allahyarham Faziani yang juga pengasas produk Dnars, meninggal dunia pada 18 Mei 2019 selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaikinya terbabit dalam kemalangan di Pattani, Thailand.
Usahawan itu maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah, manakala suami cedera.
Kemalangan tragis yang berlaku pada bulan Ramadan itu ketika Faziani dan suaminya dalam perjalanan ke rumah anak-anak tahfiz bagi menyampaikan sumbangan.
Sumber: TikTok