Pelakon, Jasmin Hamid meluahkan rasa terkejut apabila membaca berita palsu mengenai keadaan dirinya pada waktu ini.
Tolong berhenti sebar berita palsu
Di Tiktok, seorang individu telah mendakwa Jasmin Hamid sedang bertarung nyawa akibat enam saluran tersumbat. Berikutan daripada itu, Jasmin tampil dan mengatakan bahawa dia masih sihat dan tidak sama seperti kenyataan yang dikeluarkan.
Ujar Jasmin, individu berkenaan telah menyebarkan berita palsu kepada umum. Oleh sebab itu, Jasmin berharap semua orang tidak menyebarkan hal berkenaan di media sosial.
Allahuakbar. Tolong stip sebarkan khabar yang tak betul ini. Alhamdulillah saya masih sihat walafiat. Jangan buat orang-orang yang sayangkan saya risau dengan berita palsu ini. Apapun terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kebaikan buat saya dan keluarga.
Pada bulan Jun tahun lalu, Jasmin dimasukkan ke Unit Penjagaan Koronari (CCU) di Hospital Sungai Buloh kerana mengalami serangan jantung buat kali pertama. Selepas dua bulan, Jasmin menyatakan keadaan kesihatan dirinya makin pulih dan sudah kembali aktif berlakon.