
Rambut, sama seperti kulit wajah, memerlukan perhatian dan penjagaan rapi agar kekal sihat, kuat serta terpelihara keindahannya.
Artikel Berkaitan: ‘Tengkuk, Anak Rambut & Cuping Telinga Juga Aurat’ – Ustaz Wadi Annuar Tegur Wanita Bertudung
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustaz Azhar Idrus Perjelas Hukum Mandi Wajib Tapi Rambut Berminyak
Pemilihan air yang sesuai
Setiap hari, rambut terdedah kepada peluh, habuk, haba dan bahan kimia daripada produk penjagaan diri, yang semuanya boleh melemahkan struktur rambut jika tidak dijaga dengan betul.
Oleh itu, rutin penjagaan yang konsisten seperti mencuci, melembapkan dan melindungi rambut daripada kerosakan haba amat penting bagi memastikan ia kekal terurus, bersinar dan tidak mudah rosak.
Tidak ramai yang menyedari bahawa proses mencuci rambut turut memerlukan pemilihan jenis air yang sesuai.
Penggunaan air panas secara kerap boleh melemahkan kutikel rambut, menyebabkan ia kehilangan lembapan semula jadi, seterusnya menjadikan rambut lebih mudah rosak dan gugur dengan ketara.
Mencuci rambut menggunakan air panas juga boleh menghasilkan haba yang berlebihan, sekali gus merangsang kulit kepala mengeluarkan lebih banyak minyak pada bahagian kulit kepala.
Sebagai alternatif lain, penggunaan air suam merupakan pilihan yang lebih selamat dan sesuai untuk membersihkan rambut tanpa menjejaskan keseimbangan semula jadi kulit kepala.
Cara menjaga rambut
Bagi individu yang mengalami masalah kulit kepala berminyak, membasuh rambut sebanyak dua kali boleh memberikan perubahan yang ketara.
Cucian pertama berfungsi melonggarkan dan mengangkat kotoran yang melekat pada rambut, manakala yang kedua pula dengan penggunaan syampu dalam jumlah yang lebih sedikit membantu membersihkannya secara menyeluruh.
Kaedah ini memastikan segala sisa minyak dan kotoran dibuang, menjadikan kulit kepala terasa lebih segar, ringan dan bersih.
Selain itu, pemilihan perapi yang sesuai adalah penting untuk menjaga kesihatan rambut, kerana ia memerlukan keseimbangan antara kelembapan dan protein.
Sekiranya hujung rambut berasa terlalu lembik atau lembut berlebihan apabila kering, ini menunjukkan rambut memerlukan perapi yang kaya dengan protein bagi menguatkan strukturnya.
Di samping itu, tabiat membalut atau menggulung dengan tuala selepas mandi adalah kurang baik untuk kesihatan rambut dan boleh memberi kesan negatif.
Rambut berada dalam keadaan paling rapuh ketika basah, dan tindakan melibas atau menggulungnya akan meningkatkan risiko kerosakan.
Elakkan juga menyikat rambut ketika masih dalam keadaan basah dan biarkan ia kering sepenuhnya sebelum disikat bagi mengurangkan risiko rambut gugur.
Akhir sekali, elakkan mengikatnya dengan terlalu ketat atau menarik dengan kasar, kerana cara tersebut boleh merosakkan rambut, terutamanya ketika menanggalkan pengikat rambut.
Sumber: Wanista