Seorang lelaki yang dipercayai pegawai kanan polis ditahan bagi membantu siasatan berhubungan kemalangan maut membabitkan seorang pelajar tingkatan lima berhampiran Sekolah Menengah Jati yang terletak di Meru, Ipoh, Perak, baru-baru ini.
Berikutan daripada itu, rata-rata netizen meluahkan rasa amarah mereka terhadap pelaku tersebut.
Artikel Berkaitan: Tertuduh Langgar Pelajar Calon SPM Diberi ‘Layanan’ Berbeza Daripada Kebiasaan?
Artikel Berkaitan: Polis Siasat Pelajar 17 Tahun Maut Dilanggar Lari
Artikel Berkaitan: Kes Pelajar Calon SPM Maut Dilanggar, Pegawai Kanan Polis Ditahan Bantu Siasatan
Qada dan qadar Allah
Di Instagram, penceramah bebas, PU Syed tampil memberi nasihat kepada netizen agar tidak memaki hamun keluarga pelaku dan mengaitkan isu tersebut dengan seluruh anggota polis yang lain.
Kenali kedudukan pangkat PDRM. Nasihat ambe kepada seluruh netizen, kesalahan yang anggota polis itu lakukan, janganlah pula dikaitkan pada keseluruhan anggota PDRM yang lain. Jangan dicaci maki keluarganya, kerana mereka tidak langsung terbabit.
Semuanya ini tidak diminta, tapi inilah Qada dan Qadar Allah.
Tambah PU Syed, semua yang berlaku sudah ditetapkan oleh Allah.
Sekadar info, pegawai kanan polis yang didakwa membunuh pelajar lelaki berusia 17 tahun itu diberi kawalan ketat ketika dibawa ke Mahkamah Majistret, hari ini bagi berdepan dengan pertuduhan.
Sumber: PU Syed