Pada bulan Jun yang lalu, Global Forum On Nicotine (GFN) Edisi ke-11, telah berlangsung di Warsaw, Poland.
Di sini saintis, ahli akademik, badan bukan kerajaan, aktivis, wartawan dan pakar ekonomi berkumpul bagi membincangkan isu pengurangan risiko tembakau.
Forum yang berlangsung selama 3 hari ini telah menyentuh pelbagai aspek perbincangan mengenai kesan pengurangan risiko tembakau termasuk dari persepsi masyarakat, kesihatan, peraturan dan pengawalan serta ekonomi.
Pengetahuan masyarakat Malaysia masih rendah.
Setelah menghadiri forum tersebut penulis sedar di Malaysia kita jauh ketinggalan dari aspek pendidikan dan kesedaran mengenai pengurangan risiko tembakau.
Banyak informasi yang disampaikan tidak tepat bahkan akses pengguna mengenai produk alternatif rokok juga terhad.
Kebanyakan pengguna tidak tahu perbezaan apa punca sebenar bahaya rokok dan bagaimana produk alternatif membantu mengurangkan risiko kesihatan berkaitan asap rokok.
Oleh itu, pemahaman yang mendalam perlu diberikan kepada segenap peringkat masyarakat untuk membantu perokok berhenti merokok dengan cara dan produk alternatif yang tepat.
Menurut Profesor Dr. Sharif Ezat Wan Puteh, Pengerusi Persatuan Pengurangan Kemudaratan Malaysia yang juga panel jemputan GFN edisi ke-11, masyarakat perlu didedahkan mengenai produk alternatif yang menepati piawaian untuk mengelakkan mereka mendapatkan produk alternatif tidak berdaftar dari pasaran gelap yang jauh lebih berbahaya.
Asap rokok bahayakan kesihatan melalui proses pembakaran tembakau.
Penggunaan produk alternatif rokok bukanlah bebas risiko sebaliknya ianya mengurangkan risiko bahaya asap rokok.
Masih ramai yang tidak tahu bahawa asap rokok mengandungi lebih 4,000 bahan kimia berbahaya.
Lebih menyedihkan lagi asap rokok terpakai mengandungi 3 kali ganda tar, 5 kali ganda karbon monoksida dan 50 kali ganda bahan kimia berbahaya¹ yang boleh memudaratkan kesihatan perokok pasif terutama sekali kanak-kanak.
[Video] Tommaso Di Giovanni, Naib Presiden Komunikasi & Penglibatan Antarabangsa, Philip Morris, menjelaskan bahawa proses pembakaran dan asap rokok menyebabkan kemudaratan pada kesihatan dan bagaimana kemajuan teknologi membolehkan produk alternatif rokok dihasilkan bagi mengurangkan bahaya asap rokok.
“Setiap tahun rokok menyebabkan lebih 8.2 juta kematian, ini termasuklah kesan terdedahnya asap rokok terpakai dan jumlah ini dijangkakan akan terus meningkat pada tahun-tahun akan datang,” kata Profesor Dr Andrzej Fal, Presiden Persatuan Kesihatan Awam Poland di GFN Edisi ke-11 baru-baru ini.
Tambahnya lagi, asap rokok terus menjadi punca utama pelbagai isu kesihatan, termasuk kanser, penyakit kardiovaskular dan masalah pernafasan.
Berbeza dengan rokok, produk memanaskan tembakau, tidak menghasilkan asap melainkan wap manakala, nikotin patch pula digunakan dengan cara melekatkannya pada kulit selama 16 hingga 24 jam.
Ini sedikit sebanyak mengurangkan risiko penggunaan tembakau terhadap kesihatan perokok dan orang disekeliling.
Peraturan dan Pengawalan berkesan diperlukan!
Pengawalan produk alternatif rokok berbeza-beza di seluruh dunia.
Namun, di Malaysia masih banyak aspek yang boleh ditambah baik.
Di Jepun misalnya, produk alternatif rokok dilihat telah berjaya mengurangkan jumlah perokok tradisional setelah produk alternatif rokok diperkenalkan di pasaran negara mereka.
Menurut Institusi Tembakau Jepun, jumlah penggunaan rokok menurun sehingga 44% dalam masa 5 tahun setelah produk memanaskan tembakau dipasarkan.²
Walau bagaimanapun kejayaan pengurangan perokok ini disokong dengan pelaksanaan peraturan yang lebih ketat terhadap perokok yang merokok di tempat awam.
Pada tahun 2020, undang-undang baru telah diperkenalkan dimana perokok tidak dibenarkan merokok di kawasan awam, termasuk restoran dan kafe. Selain itu produk yang memanaskan nikotin di perkenalkan sebagai salah satu alternatif yang lebih baik kepada rokok.³
Ini telah mendorong perokok untuk beralih kepada produk alternatif yang dianggap lebih mesra pengguna dan tidak mengganggu orang lain.
Polisi yang tepat bantu ekonomi negara berkembang.
Kesan ekonomi penggunaan produk alternatif rokok turut dibahaskan di GFN edisi ke-11.
Terdapat banyak pandangan dan cadangan yang diutarakan mengenai bagaimana pasaran produk alternatif rokok mampu menjana ekonomi yang lebih mampan melalui pendapatan cukai, inovasi dan pelaburan, pengurangan kos kesihatan dan pertumbuhan pasaran.
Walau bagaimanapun, semuanya harus bermula dengan pengaplikasian polisi yang tepat.
Polisi yang tepat bukan sahaja dapat membantu mengurangkan jumlah perokok dan kos kesihatan tetapi dalam masa yang sama ianya dapat menjana ekonomi yang lebih baik.
“Merokok menyebabkan sesuatu negara terpaksa menampung jumlah perbelanjaan kesihatan yang tinggi dan dalam masa yang sama menjejaskan jumlah tenaga kerja yang sihat,” kata Profesor Dr Andrzej Fal.
Kami telah mencadangkan kepada parlimen Poland agar produk tembakau dikenakan cukai berdasarkan tahap kemudaratan yang diberikan oleh sesuatu produk.
“Kurang bahaya, kurang cukai. Ini merupakan satu usaha pengurangan risiko tembakau yang sedang giat kami suarakan,” tambahnya lagi semasa berucap di GFN.
Pada hemat penulis, bukan mudah untuk melaksanakan pengurangan risiko tembakau. Kerjasama pelbagai pihak diperlukan bagi menjayakannya. Polisi yang tepat juga diperlukan bagi memastikan setiap pihak mendapat manfaat daripada pelaksanaanya.
Kesimpulannya, penggunaan produk alternatif rokok membawa pelbagai kesan yang perlu diteliti dengan lebih mendalam. Perbincangan secara terbuka mengenai isu ini adalah penting untuk memastikan bahawa masyarakat memahami risiko dan manfaat yang terlibat. Dengan pendekatan yang tepat, kita dapat membantu individu membuat pilihan yang lebih bijak mengenai penggunaan tembakau dan produk alternatif.
Rujukan:
¹ Dr. Nor Saleha Ibrahim Tamin, Prof. Madya Dr. Alvin Ng Lai Oon, Dr. Zarehah Dato’ Mohd. Zain, Fakta mengenai Tembakau & Merokok, April 2012, http://www.myhealth.gov.my/fakta-mengenai-tembakau-a-merokok/
² Philip Morris Institute, The story of Tobacco Heating System in Japan, OCT 24, 2022, https://www.pmiscience.com/en/news-events/scientific-update-magazine/the-story-of-ths-in-japan/
³ Satomi Odani, Takahiro Tabuchi, Preventive Medicine Reports, Volume 30, December 2022, 102031, https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S2211335522003382?via%3Dihub.