berita

‘Kesejukan Tidur Di Kaki Lima Kedai.. Yang Baby Tidak Ada Alas..’

April 1st, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Tidak semua orang dilahirkan bernasib baik menjalani kehidupan serba lengkap. Ada yang terpaksa kais pagi makan pagi, kais petang makan petang demi untuk meneruskan hidup. Ada juga yang terpaksa menumpang tidur di kaki-kaki lima jalan kerana tiada tempat berteduh.

Di Facebook, seorang wanita berkongsi kisah tiga orang kanak-kanak serba kekurangan yang tidur kesejukan di kaki lima. Paling menyedihkan apabila melihat si kecil tidur tanpa alas walau sehelai kain.

Kesejukan tidur di kaki lima

Malam ni sukar lelapkan mata terfikir tentang anak-anak gelandangan ini. Sudah lebih 1 minggu tidak dapat jejaki mereka. Pernah sekali mereka tiada di tempat biasa, kakak restoran berdekatan update setiap hari dan cari mereka. Alhamdulillah selang 2hari mereka ada di tempat biasa. Mereka bukan ditangkap tapi pergi ke tempat lain.

Selepas 2 hari mereka tidak ada lagi di tempat biasa sehingga sekarang. Kakak restoran berdekatan sempat snap gambar anak-anak ini kesejukan tidur di kaki lima kedai. Yang baby tidak ada alas. Alhamdulillah mereka dapat diberikan sarapan. Namun tengahari mereka tiada lagi. Hampir setiap hari kakak restoran tersebut akan cari mereka untuk beri makanan. Namun mereka tiada di sana sehingga ke hari ini.

Anak kecil ini hisap ibu jari yang kotor kerana haus

Ya Allah tolong jaga anak-anak ini. Berikan Mereka kenyang walau tanpa makanan dan minuman. Kirim lah hamba-hambaMu untuk beri makan kepada mereka walau di mana pun mereka berada.

Kita masih ada tempat berteduh, boleh minum air, boleh makan nasi, masih mampu update di Facebook macam-macam pun tetap memilih mengeluh dan merungut.

Orang-orang Tawau yang keluar beli barang keperluan. Andai kata terlihat anak-anak ini, hulurkan lah makanan atau minuman. Saya masih terbayang anak kecil ini hisap ibu jarinya yang kotor kerana haus.

Ya Allah ampun aku yang tidak mampu buat apa-apa. Hanya mampu berdoa.

Di dalam posting terbaru, wanita ini berkongsi sedikit info berkenaan tiga kanak-kanak gelandangan ini. Menurutnya, mereka digelar Palauh iaitu golongan manusia dalam kategori ‘stateless’ iaitu tanpa sebarang dokumen diri daripada mana-mana negara.

Tambahnya lagi, anak-anak ini tidak bersekolah dan ketiadaan ibu kerana ibu mereka ditangkap. Hanya abang yang mengurus dan menjaga adik-adik. Bapa pula sedikit pemalu dan cuba menyisihkan diri apabila dihampiri.

Sumber: Marhamah Rosli

The following two tabs change content below.

Arini Saleh

Content Champion at Rev Asia Berhad
'Writing is my passion, not my job' - AE Croft