berita

Kesian Lihat Uniform Anak Murid Kotor Sangat, Tindakan Guru Ini Tolong Basuhkan Terima Pujian

July 10th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Seorang guru Pendidikan Jasmani di sebuah sekolah rendah di Alor Setar, Kedah, berjaya mencuri tumpuan netizen apabila dia membasuh uniform sekolah anak muridnya yang kotor dan berbau.

Menerusi Facebook Farrah Norashikin, wanita tersebut mempunyai alasan tersendiri mengapa dia berbuat demikian. Terbaik cikgu!

Berikan aku sedikit pahala

Aku minta kalian untuk tidak menyoal tentang ibunya, ini tiada kena mengena dengan cerita ini tapi hanya untuk beritahu semua siapa itu guru. Cukup memadai kerana aku hanya ingin mengingatkan kalian tentang “hati seorang guru”. Tatkala aku pelawa diri untuk mencuci, ramai yang tidak menyokong sehingga terguris hati ini. Bukan mahu minta disanjungi tapi sekadar luahan hati yang selama ini telah lama hilang dek masa dan perubahan. Hati seorang guru bila melihat si anak didik menyarung baju itu, mahu ditegur telah ditegur, sehingga satu saat terpaksa menggantikannya kerna sakitnya mata bila dibuka baju itu, hati mula terasa belas kasihan yg amat.

Pakai seolah-olah selesa

Macam mana dia boleh pakai baju macam tu dalam keadaan yang seolah-olah selesa. Aku nekad bawa balik baju tu untuk aku cuci. Ada 2 perkara yang menyebabkan aku berbelah bagi. Kau tahu tak hati dan perasaan. Tapi aku tiada niat nak kecilkan hati sesiapa. Aku ikhlas walaupun aku tahu banyak benda yang aku mungkin tak sempat fikir utk bawa balik baju itu. Tolonglah faham hati ni, bila aku bertanya si anak ini tentang soalan-soalan yang aku rasa aku nak tahu, sememangnya aku tidak temui jawapan. Kau tahu sebab apa? Sebab dia juga punya hati dan perasaan. Tidak apalah, tak perlu jawab apa-apa.

Tiada niat lain selain ikhlas

https://www.facebook.com/emyfarrah.juhari/videos/pcb.2558562494168391/2558562127501761/?type=3&theater

Maka pulanglah aku dengan baju itu, aku rendam, aku tonyoh, aku gosok-gosok tapi aku rasa aku gagal. Gagal yang mana aku telah ditegur jangan! Tak apa, esok mugkin ada lagi. Aku cuba, dan hari berikutnya aku rasa sedikit kepuasan. Aku mungkin akan buat dia gembira walhal hakikatnya aku dah nampak macam ada banyak benda akan terjadi. Sebab tu aku pesan, jangan di tanya tentang orang lain kecuali tentang aku. Esok aku akan bagi semula baju itu, bukan ingin menunjuk tapi hakikatnya itu adalah niat dari seorang guru seperti aku. Tiada niat lain selain ikhlas di hati ingin membantu, tiada niat lain selain ingin melihat kau tersenyum. Aku mohon, tolong jangan hina siapa-siapa kerana niat aku hanya satu.

Reaksi netizen

Rata-rata netizen kagum dan puji sifat mulia guru tersebut. Netizen turut mendoakan guru tersebut dimurahkan rezeki dan dijadikan contoh buat guru-guru lain.

Sumber: Farrah Norashikin

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×