berita

Kesilapan Saya Benarkan Dia Pegang Tangan – Dua Minggu Diamkan Diri, Afifah Nasir Buka Mulut

August 7th, 2017 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Baru-baru ini netizen dikejutkan dengan isu hangat melibatkan pelakon Aliff Aziz dan Afifah Nasir yang dikatakan keluar berdua ke pusat karaoke, tambah mengeruhkan keadaan apabila Aliff Aziz bertindak mengasari isterinya Bella yang masih di dalam pantang.

Setelah dua minggu mendiamkan diri, Afifah Nasir dalam satu sidang media hari ini menjelaskan perkara sebenar yang berlaku. Beliau juga mengakui kesilapan dan meminta maaf.

Akui kesilapan benarkan si dia pegang tangan

Afifah Nasir memohon maaf di atas apa yang berlaku dan tidak mahu isu ini dipanjangkan lagi kerana beliau dan Aliff Aziz masih mempunyai shooting yang perlu diteruskan. Beliau juga mendakwa mempunyai hak untuk menjelaskan keadaan.

Afifah mendakwa berasa dianiaya pihak produksi berikutan usaha mereka memujuk Aliff menyebabkannya terheret dalam kontroversi terbabit.

Saya terkilan dan berasa dianiaya kerana mengikut arahan produksi yang mahukan saya melayan kerenah Aliff serta menjaga perasaannya hanya kerana mahu penggambaran berjalan lancar.

Semuanya kerana Aliff tidak datang ke lokasi penggambaran selama lapan hari, selain lambat hadir ke set selepas hari raya lalu.

Justeru, pihak produksi mencadangkan saya memujuk Aliff supaya dapat memberi kerjasama melunaskan baki penggambaran.

Ikut jadual, penggambaran sepatutnya diadakan selama sebulan tetapi dengan masalah disiplin Aliff, ia berlarutan menjadi lebih dua bulan.

Saya ingin meminta maaf

Apabila ditanya sama ada beliau memaafkan Bella Istillah, Afifah Nasir berkata beliau faham dengan keadaan isteri Aliff  yang masih di dalam pantang dan tidak bersalah dalam soal ini.

Tetapi apabila ditanya sama ada beliau sedia memaafkan Aliff Aziz, Afifah Nasir enggan memberikan sebarang komen.

Saya ada banyak bukti bukti termasuklah bukti perbualan tetapi sejujurnya saya tidak mahu keluarkan bukti bukti tersebut kerana tidak mahu keruhkan keadaan selain membuka aib sesiapa,

Saya akui kesilapan saya membenarkan si dia (Aliff Aziz) memegang tangan saya, dengan itu saya ingin meminta maaf.

Saya menangis setiap malam bukan kerana dikecam netizen, tetapi disebabkan berasa terlalu bodoh mengikut cakap produksi.

Afifah menegaskan tidak pernah mahu ‘menggatal’ atau cuba merosakkan rumah tangga Aliff kerana apa yang dilakukan adalah demi pihak produksi.

Kami difahamkan rakaman perbualan yang didakwa Afifah Nasir hanya ditunjukkan kepada wartawan yang hadir ke sidang media tersebut.

sumber : Berita Harian Online, Rotikaya

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×