Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan berumah tangga pasti ada pasang surutnya. Sekali sekala dilanda hujan dan badai akan tetapi kita perlu menempuhinya dengan tenang dan matang.
Terbaru, seorang wanita meluahkan rasa terkilan dan terkejut selepas mengetahui suaminya pernah melanggan pelancur.
‘Rupanya dari group langgan pelacur’
Sekadar gambar hiasan
Kisah tersebut dikongsikan semula oleh pendakwah bebas, Akhi Fairuz Al Jengkawi di akaun Facebooknya. Segalanya terbongkar pada bulan Oktober 2018 yang lalu iaitu dua hari sebelum ulang tahun kelahiran suami wanita berkenaan. Wanita ini memaklumkan agak pelik kerana notification telefon bimbit suaminya asyik berbunyi tanpa henti.
Notification dari app WeChat yang selama ni dia cakap guna untuk kerja. Rupanya dia ada akaun kedua WeChat tersebut. Dia lupa log out malam tu. Rupanya notification itu dari group langganan pelacur.
Saya buka satu-satu mesej & baca. Saya buka satu-satu group & tengok. Bertapa hancur hati saya suami yang saya sanjungi & percaya selama ini pernah melanggan pelacur. Yang terbaru hanya 2 minggu sebelum saya jumpa mesej tersebut.
Bercerita dengan lebih lanjut, wanita ini mengakui sikap suaminya berubah sejak wanita ini hamilkan anak pertama lagi. Si suami sering memarahi dan meninggikan suara terhadapnya.
Dia cerita A to Z. Dah 5 orang sejak saya mengandung anak pertama bawa ke anak kedua. Dalam perkiraan saya lebih kurang 3 tahun. Yang lebih hancur hati saya dia melanggan pelacur semasa saya dalam pantang anak ke dua baru 2 minggu. Dia sanggup tinggalkan saya malam seorang di rumah dari pagi pergi kerja sambung melanggan pelacur.
Dah bersumpah tapi masih buat
Sekadar gambar hiasan
Bercerita dengan lebih lanjut, wanita ini percaya semua yang berlaku adalah disebabkan ketagihan suaminya menonton video pornografi. Maklumnya lagi, hal ini sedikit sebanyak telah membuatkan dirinya mengalami masalah kemurungan sehingga terpaksa berjumpa dengan pakar psikiatrik.
Kami hampir bercerai tapi memikirkan anak-anak masih kecil saya paksa diri memaafkan. Tapi cakap memaafkan memang senang. Tapi kepercayaan tu langsung tak ada dah sampai bila-bila. Sampai ke hari ni saya masih berburuk sangka bila dia balik lambat & tak dapat dihubungi.
Tambahnya lagi, walaupun hidup di dalam satu rumah yang sama tetapi hubungan mereka tidak seperti keluarga lain. Si suami pun jarang bercakap dengan anak-anak.
Walaupun dia dah bersumpah taklik jatuh talak ke atas saya kalau dia masih jumpa perempuan lain, berhubung dengan perempuan lain secara fizikal & apa jua media atas bukan alasan kerja. Dia juga bersumpah taklik jatuh talak kalau dia masih menonton porn. Tapi saya tetap tak boleh letak kepercayaan atas dia sebab dia pernah bersumpah atas nama Allah sebelum ni tapi dia masih buat.
Sementara itu, wanita ini sempat memberi nasihat kepada orang ramai terutamanya suami ister supaya berkomunikasi dan berbincanglah dengan pasangan sekiranya mempunyai masalah dan jangan sesekali pendam.
Sumber: Akhi Fairuz Al-Jengkawi