berita

Ketahui 5 Sebab Kenapa Pakai Baju Melayu Raya Ini Akan Membuatkan Korang Hilang Kawan

June 23rd, 2015 | by Ash Nordin
Kini Trending

BajuMelayuModen

Alahai! Wujud rupanya baju macam ni. Apa lah nak jadi dengan fesyen zaman sekarang, makin lama makin merapu. Memang tak dinafikan bahawa kebanyakkannya sangat menarik, kami sendiri pun terpukau bila melihatnya.

Cuma, kalau untuk fesyen baju melayu ni, rasanya macam tak kenalah. Memang sebelum ini ada yang beri pendapat negatif terhadap perubahan baju tradisional ini. Contohnya macam gambar kat atas tu.

Elakkan kena halau je bila datang beraya rumah kawan nanti, silap-silap terus putus kawan terus! Haha! Sebab apa? Jom tengok kat bawah ni.

1. Lari Daripada Budaya Asal

BajuMelayuModen3

Macam kita sedia maklum, baju-baju melayu tradisional ini lebih kearah kesopanan dan menunjukkan budaya timur.

Tapi bila dah dimodenkan, terus hilang budaya ketimuran itu. Ia lebih kepada pengaruh budaya barat bagi kami.

2. Tak Nampak Maskulin Langsung

BajuMelayuModen4

Mungkin banyak terpengaruh dengan baju kurung moden, kebaya moden dan baju kurung peplum. Jadi pereka cuba buat kombinasi ketiga-tiga konsep ini iaitu jarang, ketat dan singkat tapi versi lelaki punya.

Keputusannya jadilah macam gambar di atas ni. Lawanya! #deep

3. Baju Raya Perempuan Pun Tak Macam Tu

BajuMelayuModen5

Waah! siap lengan terbelah lepastu ada bunga-bunga gitew! Ada pula baju labuh tapi tak ada lengan, ketat pula tu, ada yang ala-ala ceongsam lagi. Rasanya pakai mini dress je kot lagi lawa!

4. Beli Baju Mahal-mahal, Tapi Macam Tak Cukup Kain.

BajuMelayuModen6

Kami jamin rekaan macam ni, mesti agak mahal berbanding dengan baju melayu biasa. Hasilnya, beli baju melayu biasa lagi berbaloi.

Selain itu, bagi kami baju ini agak kurang sesuai kalau dipakai untuk hari pertama raya, apatah lagi untuk sembahyang raya nanti. Contoh macam gambar dibawah ini, baju yang jarang sehingga nampak tubuh badan termasuk pusat, aurat lelaki.

BajuMelayuModen8

5. Seluar Ketat Macam Tu Selesa Ke Nak Buat Solat?

BajuMelayuModen7

Selain bergaya di pagi raya nanti, tujuan baju melayu tradisional adalah untuk kita menunaikan ibadah solat Aidilfitri bukan? Bila dilihat rekaan baju-baju melayu moden ini, seluarnya agak ketat. Cuba bayangkan kalau seluar ketat begitu dipakai untuk sembahyang hari raya nanti? Selesa ke?

BajuMelayu

Kami ni bukanlah fashion expert pun, tapi pereka baju tu pun kena juga ambil pendapat netizen sejauh mana penerimaan mereka. Kebanyakkannya memang tak gemar dengan rekaan begini dan bagi kami baju melayu tradisional juga sedap mata memandang.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×