Bukan sahaja di Malaysia, malah seluruh dunia sedang berperang dengan wabak COVID-19. Terbaru, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan Malaysia telah dilanjutkan sehingga 12 Mei 2020.
Oleh itu, kebanyakan umat Islam akan berpuasa dalam versi Ramadan PKP! Admin rasa agak mencabar juga kerana sudah menjadi rutin umat Islam untuk melaksanakan ibadah terawih di masjid, iftar beramai-ramai dan sebagainya.
Apakata korang semak tips yang admin kongsikan ini. Diharapkan dapat membantu korang untuk kekal selamat semasa menghadapi Ramadan versi PKP ni!
#Tips Penting untuk kekal selamat semasa Ramadan PKP!
1. Disebabkan kita sedang menjalani PKP, memang tak boleh nak dapatkan makanan di bazar macam tahun-tahun lepas. Tapi, ada hikmahnya juga sebab masak makanan di rumah lebih selamat!
2. Selain itu, pastikan korang mengambil berat mengenai kebersihan setiap masa. Kerapkan mencuci tangan setelah menyentuh apa-apa objek. Apatah lagi semasa nak berbuka dan bersahur kan. Mesti kena bersih!
3. Berjauhan antara satu sama lain bukan lagi alasan untuk tidak berhubung. Dengan pelbagai teknologi yang ada zaman sekarang, korang masih boleh kerap berhubung dengan ahli keluarga dan sahabat handai. Boleh call, video call, whatsapp dan sebagainya lah!
4. Sedih rasanya bila tahun ni tak boleh nak solat terawih di masjid. Tapi, ini peluang terbaik untuk korang solat berjemaah bersama keluarga di rumah dan nikmati sesi moreh bersama tersayang menerusi moreh versi virtual!
#Nak meriahkan lagi Ramadan korang? Jom sertai Sesi Finale Moreh Digital Goodday untuk mencipta Rekod Sesi Moreh Digital yang terbesar di Malaysia bersama-sama!
Seperti saranan kerajaan, sebagai rakyat Malaysia kita harus biasakan diri dengan kehidupan normal yang baru di mana keselamatan wajib diutamakan!
Oleh itu, Susu Goodday membawakan beberapa inisiatif di bawah kempen ‘Kekal Sejahtera, Kekal Selamat dengan Susu Goodday’ untuk menggalakkan korang duduk rumah dan kekal selamat sepanjang bulan Ramadan tahun ini.
Inisiatif 1:
Jom cipta rekod Malaysia dengan menyertai Sesi Finale Moreh Digital Goodday terbesar yang akan diadakan pada 22 Mei ini, jam 10 malam.
Nikmati sesi moreh bersama personaliti kegemaran korang dari ERA, Sinar & Gegar iaitu Radin, Rahim & Shah, artis terkenal Sherry Alhadad & Nabil Ahmad dan juga Ustaz Don Daniyal.
Bukan itu saja, anda juga boleh memenangi e-baucar Shopee eksklusif Etika Flagship Store daripada hadiah terkumpul bernilai RM10,000!
Inisiatif 2:
Tak cukup dengan itu, korang juga wajib beramai-ramai menyertai Moreh Digital Mingguan Goodday di ERA IG Live pada setiap hari Jumaat, jam 10 malam bersama Personaliti ERA dan Ustaz Don Daniyal.
Sesi Moreh Digital Mingguan Goodday ini akan bermula pada 1 Mei. Semasa sesi tersebut juga, korang boleh bertanyakan soalan kepada Ustaz Don! Menarikkan?
Oh ya, pastikan korang menonton sehingga akhir sesi moreh kerana korang berpeluang memenangi sebahagian e-baucar Shopee eksklusif Etika Flagship Store bernilai RM 3,000!
Inisiatif 3:
Bukan tu sahaja! Sertailah #CabaranRamadhanSelamatGoodday di laman Instagram untuk peluang memenangi sebahagian daripada hadiah terkumpul RM10,000 e-baucar Shopee eksklusif Etika Flagship Store! Pemenang akan dipilih setiap hari! Nanti akan ada tema yang berbeza setiap minggu tau.
Pertandingan ini bermula sekarang sehingga 17 Mei 2020 ya. Korang boleh dapatkan maklumat lanjut di laman sesawang Syok.
Jangan lupa untuk ‘Kekal Sejahtera, Kekal Selamat dengan Susu Goodday‘.