Musim-musim Perintah Kawalan Perintah Pergerakan (PKP) ni, admin tengok ramai yang rajin masuk ke dapur dan cuba pelbagai resipi baru. Tiap-tiap hari menu yang berlainan. Haa..makan-makan jugak, tapi kesihatan pun kena jaga.
Pastikan korang kawal tabiat pemakanan dengan mengambil makanan berkhasiat dan bernutrien seperti oats. Ia bukan saja sihat, tetapi juga bagus untuk sistem imunisasi badan. Nak tahu kenapa? Jom kami kongsikan!
Oats – supergrain yang penuh dengan nutrien penting!
Kalau korang nak tahu, oats adalah sumber semulajadi pelbagai jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan. Ini termasuklah zat besi, zink, protein, serat, selenium, thiamin (Vitamin B1) dan folat.
Senang cerita, korang boleh dapat kesemua nutrien ni dari oats!
Zat besi yang cukup, penting untuk sistem imuniti!
Korang tahu tak, kekurangan zat besi dalam badan boleh membuatkan korang terdedah kepada banyak penyakit seperti anemia dan pengeluaran sel darah merah yang tak optimum tau!
Sebab tulah pentingnya untuk korang ambil zat besi dalam diet harian untuk menyokong sistem imuniti badan. Ia juga membantu badan membuat lebih banyak sel darah putih untuk melawan penyakit.
Oats, berikan zat besi & nutrien penting yang diperlukan oleh tubuh!
Kandungan zat besi dan nutrien seperti serat dan protein yang banyak dalam oats juga memberi badan korang tenaga dan rasa kenyang yang lebih lama, lagi-lagi pada bulan puasa ni.
Penting tau untuk korang jaga kesihatan diri sendiri dan keluarga. Apa susah, Quaker Oats kan ada!
Mulakan hari korang dengan semangkuk Quaker Oats setiap pagi!
Walaupun di rumah, penting untuk korang kekal sihat bersama yang tersayang. Apa kata mulakan pagi korang dengan bersarapan semangkuk Quaker Oats yang padat dengan nutrien seperti zat besi yang sangat diperlukan oleh tubuh!
Dahlah mudah disediakan, enak dan penuh dengan kebaikan pulak tu! Sesuai sangat untuk korang yang sentiasa sibuk bekerja.
Terpulang sama ada nak tambah susu, kekacang atau buah-buahan, semuanya sedap! Quaker Oats juga boleh dipanggang tau. Yummy!
Oh ya, ada banyak lagi resipi enak yang korang boleh cuba seperti Quaker Oats dengan Tuna, Oats Bubur Lambuk dan banyak lagi. Gerenti korang suka. Cubalah!
Untuk idea yang lebih kreatif, dapatkan resipi percuma selama sebulan di laman web Quaker Oats.