Disebabkan pandemik Covid-19 yang semakin berleluasa, seorang wanita sanggup melakukan apa sahaja untuk meneruskan kehidupan.
Artikel berkaitan: Duit & Telefon Dicuri Ketika ‘Part Time’ Jual Burger, Ketua Polis PJ Hadiahkan Telefon Baru Buat Adik Ini
Di sebalik pahit getir tersebut, Ketua Polis Petaling Jaya mengambil peluang yang ada untuk membantu keluarga tersebut dan meringankan beban mereka.
Beri bantuan makanan
Hebat !! Polis datang ke rumah seorang wanita di Petaling Jaya kerana mencuri kool fever, sosej dan kek. Bukan untuk ditangkap tetapi datang bersama mcm2 makanan untuk diberi kpd keluarga wanita berkenaan.. Tahniah Polis Pj terutama OCPD ACP Nik Ezanee diatas sifat ihsan ?? pic.twitter.com/LYMSKV90yu
— Hafidzul ? (@hafidzul_hilmi) January 21, 2021
YDH Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Bin Mohd Faisal mengunjungi seorang suri rumah yang telah ditahan oleh anggota sekuriti di sebuah pasaraya kerana gagal membayar barang-barang yang ‘diambilnya’. Barang-barang yang dimaksudkan adalah ubat-ubatan dan makanan untuk anaknya yang sedang sakit.
Atas dasar belas ehsan, IPD Petaling Jaya dan Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyumbangkan makanan dan barangan keperluan harian kepada wanita ini agar dia terus cekal dalam menghadapi cabaran untuk meneruskan kehidupan lebih-lebih sepanjang tempoh Pandemik Covid-19.
Punca terjadinya kes curi
Foto: Polis Daerah Petaling Jaya
Wanita tersebut dikatakan mencuri ubat-ubatan dan makanan untuk anaknya yang sedang sakit. Selepas ditanya, wanita itu mengaku dia sangat memerlukan barangan tersebut kerana anaknya demam.
Bukan itu sahaja, suaminya juga dikatakan tidak memiliki pekerjaan berikutan dengan keadaan negara yang dilanda Covid-19. Difahamkan, kes wanita itu juga telah diklasifikasikan sebagai NFA atau tiada tindakan lanjut.
Sumber: Polis Daerah Petaling Jaya